Cerita Auto

Honda Insight Prototype bakal muncul di Detroit Auto Show 2018

Honda bakal memperkenalkan model terbarunya iaitu Insight Prototype di acara Detroit Auto Show pada bulan Januari ini. Walaupun masih bergelar ‘prototaip’, ia sudah disahkan memasuki fasa produksi dan akan dilancarkan pada tahun hadapan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Diperkenalkan pada tahun 1999, model generasi pertama merupakan kenderaan hibrid pertama Amerika dengan ciri aerodinamik dan struktur aluminium ringan. Sebagai model pertama yang menggunakan sistem hibrid Integrated Motor Assist (IMA), Insight dikatakan kenderaan petrol paling cekap bahan api pada masa itu dengan catatan 29.7 km/l bagi pemanduan lebuh raya.

???????????????????????

Insight generasi kedua muncul 10 tahun kemudian sebagai kereta hibrid paling mampu milik di pasaran. Dengan rekaan lima pintu dan lima tempat duduk, ia menawarkan ruang kabin lebih besar sambil meneruskan penggunaan sistem hibrid IMA.

???????????????????????

Model 2019 pula mengambil pendekatan baharu bagi aspek penggayaan, pempakejan, ciri premium dan prestasi untuk terus menarik minat pembeli. Gambar rasmi yang dikeluarkan menunjukkan reka bentuk yang sangat berlainan berbanding model sebelum ini, dengan badan seperti Civic sedan dan muka hadapan Accord.

???????????????????????

Tidak seperti generasi-generasi terdahulu, model terbaru ini akan dijana oleh sistem hibrid dwi-motor sama seperti yang digunakan pada Accord Hybrid dan Clarity versi hibrid plug-in.

 

 

Previous post

Range Rover Velar disahkan tiba di Malaysia suku kedua 2018

Next post

Persembahan video BMW X7 ... Sebelum Tiba Di Malaysia Di Bawah RM500k

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *