Berita Auto

Honda buka pusat 3S terbesarnya di Malaysia Timur

Honda Malaysia secara rasminya telah melancarkan pusat Honda 3S terbesar di Malaysia Timur. Dioperasikan oleh SYK RW Motor yang berpengalaman selama 40 tahun dalam bidang automotif, fasiliti baharu itu merupakan pengedar ketujuh Honda di negeri Sarawak.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pembukaan pusat itu dikira tepat pada masanya jika dilihat kepada perkembangan dan penerimaan kenderaan Honda di pasaran Malaysia Timur. Bagi tempoh Januari hingga November 2017, jualan di rantau ini mencecah lebih 6,600 unit, atau kira-kira 7% daripada keseluruhan jualan iaitu 98,200 unit. Sarawak menyumbang lebih daripada 4,000 unit atau 60% daripada penjualan di Malaysia Timur, dengan BR-V model paling popular.

03 Honda Malaysia is committed to reach more customers from different areas in East Malaysia to enable them to experience the Joy of Buying

SYK RW Motor telah melaburkan sebanyak RM7 juta ke dalam pusat 3S yang berkeluasan 48,000 kaki persegi itu. Ia mempuyai 12 ruang servis; tujuh untuk servis segera, dua untuk pembaikan umum, dua untuk servis tayar dan satu untuk servis pendingin hawa.

04 Spacious customer lounge at SYK RW Motor Honda 3S Centre for the comfort of customers

Pelanggan yang datang boleh menikmati pelbagai kemudahan yang disediakan termasuk ruang rehat eksekutif, Wifi percuma, ruang kanak-kanak, surau serta makanan dan minuman.

06 SYK RW Motor Honda 3S Centre has 12 service bays that can accommodate up to 40 cars per day in order to serve the growing customer base better

Pusat ini terletak di 1772, Block 10, Jalan Cahaya, Miri Concession Land District, 98000 Miri. Untuk membuat temu janji atau mendapatkan maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi 085-430666 atau layari www.honda.com.my.

 

Previous post

Produksi Secara Rasmi Pulang Ke Tapak Newport Pagnell Bersejarah Aston Martin

Next post

Facelift Honda HR-V 2018 Kena Spot

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *