Cerita Auto

ETCM perkenalkan Nissan Navara – Siri Hitam

Edaran Tan Chong Motor (ETCM) telah memperkenalkan Nissan Navara – Siri Hitam baharu yang hadir bersama pelbagai bentuk penambahbaikan pada bahagian luaran yang menyerlahkan penampilannya.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ditawarkan untuk varian VL, V dan SE, Siri Hitam merujuk kepada beberapa komponen yang dihitamkan. Ini termasuklah gril hadapan berwarna hitam matte yang garang, penutup ‘eyelid’ lampu utama, bampar hadapan, perumah lampu kabus hitam matte, perumah cermin sisi, ‘overfender’ hadapan dan belakang, sport bar dengan kemasan warna hitam pada lantai kargo.

Komponen-komponen tersebut dipadankan dengan tempat duduk kulit berwarna hitam di dalam kabin.

NAVARA BLACK SERIES COMPONENTRY

Varian VL dilengkapi enjin turbo diesel intercooler bersesaran 2.5 liter yang mampu menghasilkan kuasa 190PS dan 450Nm tork. Ia dipadankan dengan transmisi automatik tujuh kelajuan yang pertama dalam kelasnya bersama mode manual untuk pecutan lebih lancar.

Komponen-komponen Siri Hitam dipasang terus dari kilang dan hadir bersama jaminan selama tiga tahun atau perbatuan sejauh 100,000 km.

NISSAN Navara –
Siri Hitam
2.5 VL Auto (RM) 2.5 V Auto (RM) 2.5 SE Auto (RM)
Semenanjung Malaysia 124,800 115,800 108,800
Sabah & Sarawak 126,800 117,800 110,800
Langkawi 118,600 110,000 103,500
Labuan 119,600 111,000 104,500

 

 

Previous post

Hyundai Kona 2018 Pecah Acuan SUV Kompak

Next post

Tonton Video Pelancaran Lamborghini Urus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *