Berita Auto

Volkswagen beri inspirasi kepada 9 artis tempatan menerusi Beetle

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah memulakan satu kempen seni bersama sembilan orang artis Malaysia untuk meraikan Beetle.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dikenali sebagai kempen #BeetleInspired, kolaborasi ini melibatkan kreativiti artis-artis tersebut dalam menginterpretasikan Beetle menerusi medium masing-masing. Pelbagai karya seni telah dihasilkan – bermula daripada graffiti, lukisan, kaligrafi, contengan, ilustrasi, pin dan pelbagai bentuk seni lain.

Sembilan orang artis yang mengambil bahagian dalam kempen #BeetleInspired itu ialah Afiq Afify, Dudude Doodle, Eleanor Lim, Kupeh Rodriguez, Kenji Chai, Pestle & Mortar, Pantun Pins, Shani Ahmed dan Zami Musa.

IMG_5406

Artis di seluruh dunia telah menggunakan Beetle sebagai kanvas mereka sejak berdekad-dekad lamanya. Direka oleh Ferdinand Porsche pada tahun 1938, reka bentuk Beetle telah mengalami evolusi namun pada masa sama masih mengekalkan karekter dan reka bentuk tersendiri yang cukup dikenali serta disukai di seluruh dunia.

VPCM juga menganjurkan peraduan #BeetleInspired secara dalam talian bermula sekarang hingga 4 Disember bagi sesiapa yang berminat untuk menghasilkan hasil karya Beetle mereka sendiri. Para peserta hanya perlu memuat turun satu template kosong Beetle, kemudian hasilkan rekaan berdasarkan kepada inspirasi masing-masing melalui tema peraduan iaitu “Love” (cinta) atau “Fun” (keseronokan).

IMG_6104

Para pemenang akan diumumkan pada Disember. Mereka bakal memenangi barangan edisi terhad daripada artis-artis kempen #BeetleInspired seperti kemeja Pestle & Mortar serta pin Beetle daripada Pantun.

Untuk melihat hasil kerja Beetle daripada semua artis yang terlibat, sila layari Facebook dan Instagram Volkswagen Malaysia. Orang ramai yang ingin mengambil bahagian dalam peraduan #BeetleInspired sila layari laman web: https://www.instagram.com/volkswagenmalaysia/.

Previous post

[Amaran: Gerun] Mangsa Beg Udara Takata Berkongsi Pesanan

Next post

Vios Sports Edition jadi ganjaran di Toyota GAZOO Racing Festival hujung minggu ini

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *