Cerita Auto

VIDEO: Mercedes-AMG E63 S Estate catat 7:45.19 minit di Nurburgring

Catatan 7 minit 45.19 saat di litar Nurburgring bukanlah sesuatu yang boleh dikatakan mengagumkan pada masa kini. Bahkan Honda Civic Type R pun lebih laju dengan catatan 7 minit 43.80 saat.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Namun, untuk sebuah kenderaan yang boleh mengangkut sehingga lima orang penumpang berserta bagasi di bahagian belakang, pencapaian itu tetap boleh dibanggakan.

Bukan itu sahaja, rekod terbaru itu juga meletakkan E63 S Estate sebagai wagon terpantas di litar tersebut, mengalahkan pemegang rekod sebelum ini iaitu SEAT Leon ST Cupra yang mencatat masa 7 minit 58.12 saat pada tahun 2015.

?????????

Sama seperti kembar sedannya, E63 S Estate dikuasakan oleh enjin dwi-turbo 4.0-liter V8 yang menghasilkan 603 hp dan 850 Nm. Penghantaran kuasa diuruskan dengan baik oleh transmisi automatik sembilan kelajuan dan sistem pacuan semua roda 4MATIC+.

Previous post

Myvi Terbukti Pilihan Rakyat

Next post

UMW Toyota Motor serah seunit Camry Hybrid kepada Universiti Teknologi Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *