Motosikal

Triumph Tiger 800 dan 1200 dipertingkatkan bagi 2018

Triumph telah memperkenalkan barisan model Tiger 800 dan 1200 bagi tahun 2018 di pertunjukan motosikal EICMA di Milan, Itali.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Selain daripada rekaan yang diperbaharui, motosikal ‘adventure’ itu telah dipertingkatkan dari segi mekanikal dan teknologi, menjadikannya lebih baik sama ada di atas jalan atau ‘off-road’.

Ditawarkan dalam varian XR dan XC, Tiger 800 menampilkan lebih 200 penambahbaikan pada casis dan enjin:

Triumph Tiger 800 02

Keupayaan ‘off-road’ dan keselesaan dipertingkatkan

  • enjin Triple lebih responsif
  • nisbah gear pertama lebih pendek
  • penyenyap lebih ringan dan lawas
  • bunyi ekzos lebih garang
  • enam mod tunggangan termasuk Off-Road Pro
  • skrin boleh laras lima kedudukan

Triumph Tiger 800 05

Teknologi baharu

  • Instrumen TFT warna
  • lampu LED
  • kawalan ‘joystick’
  • Cruise Control yang dipertingkatkan

Triumph Tiger 800 04

Enjin dikemaskinikan

  • enjin 800 cc menghasilkan 95 PS
  • sistem ekzos lebih ringan
  • nisbah gear pertama lebih pendek untuk cengkaman serta pecutan

Triumph Tiger 800 03

Tahap kemasan dan perincian lebih tinggi

  • lencana, grafik dan perincian baharu
  • pilihan warna baharu

Sementara itu, Tiger 1200 menerima kira-kira 100 penambahbaik berbanding model generasi terdahulu. Ia boleh didapati dalam varian XR untuk tunggangan di atas jalan dan ‘off-road’ dan XC yang dibina khas untuk tunggangan agresif:

Triumph Tiger 1200 01

Lebih ringan

  • 10 kg lebih ringan berbanding sebelum ini
  • berat dikurangkan menerusi bahagian enjin, casis dan komponen ekzos
  • memberikan pengendalian lebih baik

Triumph Tiger 1200 05

Lebih berkebolehan untuk pelbagai jenis jalan

  • enjin 1,200 cc menghasilkan 141 PS
  • ciri ergonomik dan keselesaan penunggang turut menerima penambahbaikan

Triumph Tiger 1200 04

Tahap teknologi tertinggi bagi model Tiger

  • Adaptive Cornering Lighting
  • instrumen TFT warna
  • lampu LED
  • Enam mod tunggangan termasuk Off-Road Pro
  • Shift Assist untuk penukaran gear tanpa menggunakan klac
  • ciri ‘Keyless Ignition’
  • Cruise Control yang dipertingkatkan

Triumph Tiger 1200 03

Gaya ‘Tiger’ lebih menyerlah

  • badan motosikal premium
  • roda tempaan dan jejari
  • lencana tangki minyak dan panel sisi metalik
  • grafik kontemporari
  • pilihan warna baharu

Triumph Tiger 1200 02

 

 

Previous post

Perodua Myvi 2018 dibuka untuk tempahan

Next post

Lamborghini Bekerjasama Dengan MIT Untuk Konsep Supercar Elektrik Akan Datang Mereka

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>