Cerita Auto

Toyota Harrier buat kemunculan di Malaysia Autoshow 2017

UMW Toyota Motor akan mempamerkan lapan model Toyota di Malaysia Autoshow 2017 yang diadakan di MAEPS, Serdang dari 9 hingga 12 November.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Acara kemuncak adalah pelancaran Harrier baharu yang akan dijual bermula 2018, disusuli dengan dua avarian C-HR spesifikasi tempatan yang akan dijual pada tahun sama.

Toyota

Harrier versi CBU Jepun ini dilengkapi dengan enjin petrol turbo 2.0 liter dengan teknologi D-4ST dan VVT-iW. Ia boleh didapati dalam dua varian iaitu Luxury dan Premium. Kedua-duanya menampilkan teknologi keselamatan Toyota Safety Sense (TSS).

Toyota

Harrier akan dilancarkan secara rasmi pada tarikh lain tetapi pelanggan boleh membuat tempahan bermula hari ini. Harga bermula dari RM238,000.

Toyota

Turut dipamerkan adalah Innova 2.0X, Vios SE dan kereta lumba Vios Challenge, yang digunakan dalam siri perlumbaan ‘one-make’ yang akan memasuki pusingan kedua pada 25 dan 26 November ini, bertempat di MAEPS.

Toyota

Peminat off-road pula boleh menguji keupayaan Hilux dan Fortuner di tapak demonstrasi yang disediakan khas.

Previous post

Peluang Menyaksikan Renault Megane GT di Malaysia Autoshow 2017

Next post

Honda Civic Type R dilancarkan di Malaysia pada harga RM320,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *