Hibrid, Elektrik, Hidrogen

Tesla Roadster Memecut 0 – 60 bsj Dalam Hanya 1.9 Saat

Ini adalah Tesla Roadster 2020 yang mampu untuk memecut 0 – 60 bsj dalam hanya 1.9 saat, 0-100 bsj dalam 4.2 saat dan mempunyai jarak perjalanan 620 batu  jauhnya.

Elon Musk, Tesla mengatakan bahawa Tesla Roadster baharu mempunyai kelajuan tertinggi melebihi 250bsj yang akan menjadikannya antara kereta jalan raya terpantas yang pernah dibina. Tesla mengatakan Roadster ini mampu memecut quater mile dalam hanya 8.8 saat, yang menjadikannya lebih laju daripada Demon SRT Dodge Challenger.

Roadster mempunyai satu motor di hadapan dan dua di belakang untuk memberikannya pemanduan semua roda. Jumlah output tork adalah 7,375 pound kaki yang mengagumkan dan … menakutkan.

Laman web Tesla kini mengambil tempahan untuk Roadster generasi kedua ini yang dijangka keluar tahun 2020. Tempahan untuk model standard ialah USD50,000, manakala Founders Series adalah USD250,000 yang mengejutkan.

Tesla belum memberi butiran tentang Founders Series Roadster tetapi laman web syarikat itu mengatakan bahawa ia terhad kepada 1,000 tempahan pertama.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

 

Previous post

Daimler Akan Melabur USD 755 Juta Di China

Next post

5 Sebab Kenapa Patut Beli Trak Pikap.

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *