Gaya Hidup

Sukarelawan Kakitangan UMW Toyota di Pusat Bantuan Banjir Pulau Pinang

Seramai 32 sukarelawan dari UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMWT) mengharungi kawasan banjir untuk bersama membantu di Seberang Prai Utara, Pulau Pinang. Kakitangan di Ibu Pejabat di Shah Alam telah memulakan pengutipan bantuan derma untuk membiayai pemunggahan makanan kering, barangan runcit, tuala, selimut dan keperluan lain untuk mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan.

UMWT bekerjasama rapat dengan Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (NADMA), dan dua pusat pemindahan di Sebarang Prai Utara dipilih kerana bilangan ramai penduduk yang terjejas. Para sukarelawan menyerahkan keperluan yang dibungkus dalam kotak catuan kepada 220 mangsa di pusat pemindahan Sekolah Kebangsaan Padang Menora dan Sekolah Agama Rakyat Labuh Banting. Sekitar 10 kenderaan Toyota Hilux dan Fortuner digunakan untuk operasi logistik untuk menyokong aktiviti bantuan.

Semasa aktiviti bantuan itu, syarikat itu turut memberi bantuan kepada 20 orang pekerja mereka di Pulau Pinang yang terkena banjir. Di bawah program kebajikan sokongan dalaman UMWT, para pekerja diberi bantuan kewangan untuk membantu mereka dengan barangan keperluan harian mereka.

UMWT juga menjalankan Kempen Perkhidmatan Bantuan Banjir di pusat lepas jualannya untuk pemilik Toyota membaiki kenderaan mereka yang rosak. Menunda kenderaan dari kawasan banjir, penilaian sejauh mana ganti rugi, mencuci dalaman dan luaran, tawaran percuma & diskaun istimewa sebanyak 25% untuk kos pembaikan ditawarkan kepada pemilik kenderaan Toyota yang terjejas di bawah program ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pemilik Toyota yang terjejas kerana banjir boleh melawat mana-mana Pusat Perkhidmatan UMW Toyota Motor atau hubungi Talian Tol Toyota: 1-800-8-869682 (1-800-8-TOYOTA). Lawati toyota.com.my untuk maklumat lanjut. Tertakluk kepada terma dan syarat.

 

 

Previous post

Jualan Perodua Myvi Luar Jangkaan

Next post

Audi R8 Tidak Hadir Untuk Menandingi Mercedes Benz AMG GT R Dan Porsche GT 3

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *