Cerita Auto

Sisma Auto buka bilik pameran Volvo Bukit Bintang

Sisma Auto, pengedar berdaftar yang baru bagi Volvo Car Malaysia, dengan rasminya telah membuka bilik pamerannya di pusat bandaraya di Menara Worldwide, Jalan Bukit Bintang.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bilik pameran yang terletak di tengah-tengah kawasan kediaman dan komersial premier di Kuala Lumpur itu membawakan sentuhan mewah gaya Sweden di Segi Tiga Emas dengan menampilkan persekitaran perniagaan yang serba mewah dengan elemen reka bentuk Scandinavia, konsep yang juga dikenali sebagai Volvo Retail Experience (VRE).

“VRE direka untuk mencerminkan nilai-nilai kami yang berasaskan inspirasi Scandinavia yang tenang dengan garisan bersih yang menyerlahkan daya tarikan visual luaran yang nyaman dan segar sementara bahagian dalamannya menawarkan suasana yang mesra dan menarik kepada pelanggan,” kata Lennart Stegland, Pengarah Urusan Volvo Car Malaysia.

The Volvo Retail Experience -- a warm and inviting interior_LR

Pengarah Urusan SISMA Auto, Syed Khalil Syed Ibrahim menambah bahawa bilik pameran baru ini akan membantu dalam menyerlahkan dan memperkenalkan barisan kereta mewah Volvo yang terkini.

“Dengan adanya bilik pameran baru ini, kami berhasrat untuk membawakan pengalaman Volvo kepada mereka yang tinggal atau bekerja ibu kota,” kata beliau.

Inside SISMA Auto Volvo Bukit Bintang_2_LR

Pemilik Volvo yang tinggal atau bekerja di kawasan sekitar bilik pameran tersebut turut dapat menikmati pengalaman pemilikan premium. Bilik pameran baru ini akan menampilkan Perkhidmatan Concierge Sisma Auto, yang menawarkan pengambilan dan penghantaran kenderaan dari rumah atau pejabat.

Sempena pembukaan bilik pameran baru ini, Sisma Auto menawarkan peluang untuk memenangi lawatan ke Sweden yang ditaja sepenuhnya kepada pelanggan yang membeli mana-mana model baru Volvo dari syarikat tersebut.

SISMA Auto Volvo Bukit Bintang_3_LR

Bilik pameran Volvo Bukit Bintang SISMA Auto yang baru ini terletak di Tingkat Bawah, Menara Worldwide, 198 Jalan Bukit Bintang, 55100 Kuala Lumpur. Nombor telefon untuk dihubungi ialah 03-2166 5155. Ia dibuka dari 9.00 pagi hingga 7.00 petang dari Isnin hingga Jumaat dan dari 10.00 pagi hingga 5.00 petang pada hari Sabtu dan Ahad.

Sementara itu, Syed Khalil menyatakan bahawa syarikat tersebut masih amat komited untuk membangunkan jenama Jaguar Land Rover di Malaysia dalam jangka masa yang panjang. Sisma Auto akan terus menjalankan operasi cawangan Jaguar Land Rover di Glenmarie dan Pulau Pinang untuk menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan setianya.

Previous post

MINI pertaruhkan JCW Buggy dan Rally ke Rali Dakar 2018

Next post

G-Vectoring Mazda6 Skyactiv-D. Apa Ke Benda Tu?

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *