Cerita Auto

Shell Rimula tingkatkan kesedaran mengenai kesan pelincir ke atas kos pemilikan keseluruhan

Shell Rimula menggandakan usahanya untuk meningkatkan kesedaran tentang risiko yang dihadapi oleh pemilik fleet yang memandang ringan kepentingan pelincir ke atas kos pemilikan keseluruhan (TCO) yang boleh mengakibatkan kerugian jutaan ringgit.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Di Shell, TCO ditakrifkan sebagai jumlah keseluruhan yang dibelanjakan bagi kenderaan atau peralatan, termasuklah kos pemerolehan dan operasi sepanjang jangka hayatnya; dan juga yang tidak kurang pentingnya, kos kehilangan produktiviti ketika masa henti.

Sebagai jenama minyak enjin diesel tugas berat (HDDEO) yang terkemuka di pasaran, Shell Rimula baru-baru ini mengongsikan pandangan yang bernilai dengan pemilik fleet mengenai cara untuk mendapatkan kos yang lebih rendah bagi setiap kilometer dalam usahanya untuk membantu perniagaan menguruskan TCO.

Pada persidangan teknologi satu hari yang diadakan bersempena dengan Malam Shell Rimula 2017 di Sibu, hasil keputusan tinjauan antarabangsa yang dijalankan di kalangan pembuat keputusan dalam sektor fleet di lapan buah negara utama di seluruh dunia dibentangkan kepada lebih 500 orang peserta.

Tinjauan tersebut menunjukkan bahawa banyak syarikat memandang ringan potensi penjimatan yang dapat diperolehi daripada pelinciran kenderaan dan peralatan yang berkesan. Sebaliknya, pelincirlah yang lazimnya akan terjejas apabila kos dikurangkan.

The Shell Rimula Masterclass was held in conjunction with the 2017 Shell...

Lebih daripada separuh responden mengakui kesilapan berkenaan pelinciran telah mengakibatkan kerosakan yang merugikan. Satu daripada tiga responden percaya bahawa masa henti yang tidak dirancang telah menyebabkan kerugian lebih RM435,000, manakala satu daripada lima responden menyatakan bahawa mereka telah kerugian lebih daripada RM1 juta sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu.

Menurut Pengurus Besar Shell Lubricants – Malaysia & Singapura, Baljit Singh, sebagai jenama HDDEO pilihan di Malaysia, tanggungjawab Shell Rimula adalah untuk membalas kepercayaan pelanggannya melalui kerjasama yang erat supaya mereka dapat membuat keputusan yang lebih baik berkenaan pelincir.

“Tujuan kami ialah untuk membantu pembuat keputusan penting dalam sektor fleet memahami kepentingan peranan yang dimainkan oleh pelincir dalam membantu mengurangkan TCO dan meneroka penyelesaian yang ada untuk menangani isu TCO,” katanya.

Dengan jumlah kos bahan api yang boleh mencapai sehingga 39% daripada kos keseluruhan operasi fleet, kebanyakan pengendali fleet lebih cenderung untuk menggunakan pelincir yang lebih murah sebagai penyelesaian jangka pendek.

Shell Lubricants GM Baljit Singh (centre) with the big winners of the 20...

Bagaimanapun, Baljit menekankan bahawa walaupun pelincir yang lebih berkualiti adalah lebih mahal, dalam jangka masa panjang, ia akan dapat mengurangkan kos dengan mengurangkan kerosakan dan masa henti.

Pada Malam Shell Rimula 2017, lapan pelanggan bertuah diumumkan sebagai pemenang bagi Promosi Global Shell Rimula tahun ini. Mereka adalah Han Fatt Yen, Ngu Tien Ching dan Tie Teck Ngiet dari Miri, Sarawak; Ko Ing Kong dan Simon Ling dari Sibu, Sarawak; Matthew Chai dari Kuala Lumpur; Tan Kui Min dari Sandakan, Sabah; dan Teh Kar Chun dari Subang Jaya, Selangor.

Mereka memenangi lawatan eksklusif VIP ke Shanghai yang ditanggung sepenuhnya, di mana acara kemuncaknya adalah sesi penemuan khas di Shell Shanghai Technology Centre (STC).

Previous post

Mercedes-AMG GT R terjah pasaran Malaysia

Next post

Pusat 3S Tata baharu dibuka di Bidor

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *