Cerita Auto

Pusat 3S Tata baharu dibuka di Bidor

RS Super Truck & Bus Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh S.R. Automobile Centre Sdn Bhd, telah mencapai sebuah lagi penanda aras baharu dengan pembukaan Pusat 3S Tata yang di Bidor, Perak. Ini mengukuhkan lagi komitmen DRB-HICOM Commercial Vehicles Sdn Bhd (DHCV) sebagai pengedar kenderaan Tata dalam menguatkan kehadiran Tata di pasaran Malaysia.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

RS Super Truck & Bus telah dilantik oleh DHCV sebagai pengedar sah 3S Tata pada Disember 2016. Pembukaan kemudahan 3S baharu ini akan meningkatkan jualan dan memudahkan perkhidmatan sokongan selepas jualan kepada pemilik Tata di Bidor dan juga di kawasan berhampiran.

Pusat baharu yang terletak secara strategik di Bidor ini akan memudahkan pelanggan dari bandar-bandar berdekatan untuk menyelenggara kenderaan mereka. Bilik pameran yang luas boleh mempamerkan sehingga enam buah kenderaan Tata pada satu masa. Model semasa yang dipamerkan ialah Tata Xenon Double & Single Cab Pick-up, Ultra 512 (GVW: 5,000kg), Ultra 1012 (GVW: 10,400kg), Prima 4×2 dan Prime Mover 6×4.

Tata tipper

Ketua Pegawai Operasi DHCV, Chin Tan Hee berkata, “Saya gembira melihat usaha yang dilakukan oleh RS Super Truck & Bus dalam mempromosikan produk Tata melalui kemudahan baharu yang mempunyai ruang yang luas ini, serta usaha-usaha mempelbagai aplikasi rangka badan untuk kenderaan Tata, termasuklah Xenon “Tipper”, Xenon “Box”, Xenon “Food Truck”, Ultra “Arm Roll”, Ultra “Car Carrier” dan Ultra “Bike Carrier”. Aplikasi rangka yang lain termasuklah Ultra “Wooden Cargo”, Ultra “Tipper” dan Ultra “Tanker”.”

Pusat perkhidmatan ini dilengkapi dengan peralatan diagnostik Tata Motors yang terkini dan semua alat khusus yang diperlukan untuk menjalankan perkhidmatan penyelenggaraan lengkap dan komprehensif serta membaik pulih kenderaan.

Tata (1)

Rajasagar Nagaya, Pengarah Urusan RS Super Truck & Bus Sdn Bhd berkata “Ini merupakan satu penghormatan kerana DHCV, pengedar Kenderaan Tata Komersil di Malaysia telah memilih untuk melantik RS Super Truck & Bus sebagai pengedar sah untuk memasarkan rangkaian produk Tata”.

RS Super Truck & Bus juga merancang untuk membuka satu lagi Pusat Jualan (1S) di Bukit Tengah, Pulau Pinang pada awal tahun 2018 sebagai sebahagian daripada rancangan mereka untuk memasarkan produk Tata secara agresif di wilayah utara.

Previous post

Shell Rimula tingkatkan kesedaran mengenai kesan pelincir ke atas kos pemilikan keseluruhan

Next post

Ducati dan NAZA sasar pertumbuhan besar pada 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *