Berita Auto

Promosi selepas jualan akhir tahun Volkswagen tawar diskaun alat ganti sehingga 20%

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan promosi selepas jualan (aftersales) akhir tahun bersempena dengan musim cuti yang bakal menjelma tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Bermula sekarang hingga 31 Disember 2017, pelanggan boleh menikmati diskaun sehingga 20% ke atas alat ganti tulen terpilih di semua pusat servis Volkswagen.

Alat ganti tersebut termasuklah bilah pengelap cermin Aero yang diperbuat daripada getah berkualiti tinggi bagi memastikan penglihatan yang baik di atas jalan raya. Pembersih cermin hadapan pula memastikan cermin hadapan sentiasa bebas daripada kotoran seperti minyak dan debu.

Selain itu, VPCM turut menawarkan pad brek dengan pemasangan tepat dan pengekalan geseran tinggi untuk menahan beban pemampatan yang tinggi. Ia boleh dipadankan dengan cakera brek yang direka dengan saluran udara untuk penyejukan maksimum. Cakera itu diperbuat daripada besi tuang atau keluli dengan kromium yang tinggi yang berfungsi untuk mengurangkan bunyi dan getaran pada pedal brek.

Previous post

Mercedes-Benz Sediakan Stesen Caj Kereta Elektrik Di BSC. Yang Lain Bila Lagi?

Next post

Saab 9-3 Akan Jadi Kereta Nasional Elektrik Turkey

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *