Cerita Auto

Perodua Myvi 2018 dibuka untuk tempahan

Pada satu majlis pengumuman khas media pada pagi ini, Perodua telah mendedahkan beberapa maklumat tentang Myvi serba baharu yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Pertama sekali, terdapat dua pilihan enjin iaitu 1.3L Dual VVTi (1NR-VE) dan 1.5L Dual VVTi (2NR-VE). Versi 1.3L boleh didapati dalam dua gred iaitu G dan X, manakala versi 1.5L ditawarkan dalam gred High dan Advance.

Tempahan akan dibuka mulai esok (9 November 2017). Harga adalah seperti berikut:

  • 1.3 Standard G (MT) – RM44,300
  • 1.3 Standard G (AT) – RM46,300
  • 1.3 Premium X (AT) – RM48,300
  • 1.5 High (AT) – RM51,800
  • 1.5 Advance (AT) – RM55,300

Perodua Myvi

Menurut Perodua, Myvi baharu lebih panjang, rendah dan lebar berbanding model sedia ada. Ia juga menjanjikan ruang kabin yang luas dengan jarak antara tempat duduk penumpang depan dan belakang sepanjang 973 mm, dan susun atur tempat duduk 8+1 yang fleksibel.

Semua varian didatangkan standard dengan lampu hadapan LED, kemasukan pintar serta butang mula/henti enjin. Varian High dan Advance pula mendapat sistem Eco Idle dan alat pembaca tol terbina dalam.

Dari segi keselamatan, semua varian didatangkan dengan Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control (TRC) dan Emergency Stop Signal (ESS). Varian G dan X mendapat empat beg udara, manakala varian High dan Advance mendapat enam beg udara.

Perodua Myvi

Varian 1.5 Advance menampilkan teknologi Advanced Safety Assist (ASA) yang merangkumi sistem Pre-Collision Warning, Pre-Collision Braking, Front Departure Alert dan Pedal Misoperation Control. Sistem tersebut berfungsi menerusi kamera yang diletakkan pada cermin pandang belakang.

Pelanggan boleh memilih daripada enam warna yang ditawarkan iaitu Ivory Whte, Glittering Silver, Mystical Purple, Lava Red, Peppermint Green dan Granite Grey.

 

Previous post

Jenama Kereta Cina Akan Menguasai Eropah Tidak Lama Lagi

Next post

Triumph Tiger 800 dan 1200 dipertingkatkan bagi 2018

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *