Gaya Hidup

Perodua Memenangi EMAS di Putra Brand Awards 2017 Buat Kali Pertamanya

Tahniah. Perodua telah dianugerahkan EMAS buat kali pertama dalam kategori  “Automotive” di Putra Brand Awards 2017 yang diadakan di Majestic Hotel Kuala Lumpur semalam.

“Anugerah ini adalah satu pengiktirafan terhadap jenama tempatan, Perodua, sebagai jenama pilihan mereka dan kami  berterima kasih kepada semua kerana  kercayaan dan pengesahan mereka terhadap kami,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua Datuk (Dr) Aminar Rashid Salleh.

“Perodua sudah menerima anugerah Bronze dan Silver selama beberapa tahun sebelum ini, dan menerima anugerah emas tahun ini meletakkan jenama kami setanding dengan jenama antarabangsa yang lain.”

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini adalah tahun ketujuh Perodua telah memenangi anugerah dari lapan tahun Putra Brand Awards yang bermula sejak tahun 2010. Anugerah tahun ini adalah pengesahan yang berterusan terhadap jenama oleh para pengguna.

Putra Brand Awards adalah inisiatif Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A) untuk mengiktiraf jenama tempatan dan antarabangsa yang diterima dan disayangi Malaysia.

Mengukur jenama merentas 24 kategori sektor melalui metodologi penyelidikan pengguna yang mantap; anugerah ini disahkan oleh MATRADE dan disokong oleh Persatuan Penjenamaan Malaysia (BAM); Persatuan Pengiklan Malaysia (MAA) dan Persatuan Pakar Media (MSA).

Sejumlah 6,000 responden telah ditemuramah untuk menentukan jenama terbaik Malaysia mengikut ranking.

IMG_6825

 

Previous post

Anugerah Putra Brand PROTON Yang Pertama!

Next post

Beli Nissan dan rebut peluang menangi percutian bertemakan Star Wars ke Croatia

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *