Cerita Auto

Perodua beri diskaun alat ganti dan pemeriksaan percuma kepada mangsa banjir Pulau Pinang

Perodua kini menawarkan bantuan kepada semua pemilik kenderaan Perodua yang terjejas akibat banjir di Pulau Pinang baru-baru ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut syarikat itu, ia menawarkan diskaun sehingga 20% bagi alat ganti terpilih serta pemeriksaan percuma bagi menentukan jumlah kerosakan yang dialami. Alat ganti yang ditawarkan termasuk komponen elektronik, karpet, kerusi, kemasan pintu serta gasket enjin.

“Walaupun beberapa pusat servis kami di Pulau Pinang dilanda banjir, kami mengalu-alukan pelanggan untuk merujuk kepada pusat servis kami di Juru, Prai dan Kulim untuk sebarang bantuan,” kata Pengarah Urusan Perodua Sales Sdn Bhd, Dato’ Dr. Zahari Husin.

Pelanggan Perodua yang terlibat dalam bencana banjir boleh menghubungi talian bebas tol 1-800-88-5555 untuk maklumat lanjut.

Previous post

Honda Accord kini dengan teknologi keselamatan Honda SENSING

Next post

Pandu Uji: Volkswagen Tiguan Highline

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *