Berita Auto

Penghantaran Pertama Selepas Pelancaran Perodua Myvi Semua Baharu

Perodua Myvi semua baharu, yang membuat debutnya pada 16 November, membuat penghantaran pertamanya hari ini, Jumaat kepada pelanggan pertama mereka,  Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), YBhg Tan Sri Abdul Wahid Omar.

“Sebagai Pengerusi Kumpulan PNB saya benar-benar merasa terhormat kerana menjadi pelanggan pertama yang membuatnya tempahan dan menerima penghantaran pertama Perodua Myvi semua baharu pagi semalam, ” kata Tan Sri Abdul Wahid.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Setakat 8.00 malam 17 November 2017 mereka telah menerima jumlah tempahan sebanyak 6,000 unit dan telah memulakan penghantaran seawal 8.00 pagi pada hari yang sama. Tempahan dibuka  9 November. “PNB memang berbangga dengan prestasi syarikat pelaburan kami Perodua. Mereka betul-betul layak mendapat status Syarikat Kereta Kebangsaan. Tahniah kepada pasukan di Perodua!” tambah Tan Sri Wahid.

Tiga pemenang hadiah utama  ‘Myvi 12 Iconic Years Anniversary SMS & Win Contest’ juga merupakan antara pemilik pertama apabila Perodua memberi setiap satu daripada mereka kunci kepada Myvi 1.5 Advance mereka semalam. Pemenang-pemenang bertuah itu ialah Cik Chin Mei Ling, 26, Mohd Nazmil bin Mohd Nasir, 33, dan Encik Ong Kok Seng, 60. Myvi 1.5 Advance semua baharu itu berharga runcit RM55,300, sebelum insuran Img2.

Previous post

Varian Mitsubishi Triton VGT Baharu Dan Edisi Terhad Mitsubishi ASX Adventure Diperkenalkan

Next post

Daimler Akan Melabur USD 755 Juta Di China

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *