Cerita Auto

Peluang Menyaksikan Renault Megane GT di Malaysia Autoshow 2017

TC Euro Cars (TCEC), pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia, akan mempamerkan Megane GT baru yang dinamik dan menarik di Malaysia Autoshow 2017 yang akan datang, dari 9-12 November.

Dicipta secara kolaborasi dengan teknologi Renault Sport, Megane GT bercita cita membuka dunia baru keseronokan memandu dan sportiness kepada seberapa ramai pemandu dan peminat kereta yang mungkin. Ia mewakili kereta jalanan dengan prestatsi pertengahan yang menawarkan kelayakan prestasi tinggi Megane R.S.

Jurutera teknologi Renault Sport telah menala halus suspensi Megane GT untuk memberikan tunggangan yang benar-benar bersemangat yang masih sesuai untuk pemanduan seharian. Teknologi yang mereka pakai, termasuk sistem 4CONTROL (stereng empat roda), dipilih untuk memastikan keseimbangan sempurna keseronokan memandu.

Pameran Renault terletak di Hall A, MAEPS (Malaysia Agro Exposition Park Serdang).

 

 

Previous post

Lamborghini Bekerjasama Dengan MIT Untuk Konsep Supercar Elektrik Akan Datang Mereka

Next post

Toyota Harrier buat kemunculan di Malaysia Autoshow 2017

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *