Sukan

MINI pertaruhkan JCW Buggy dan Rally ke Rali Dakar 2018

MINI telah memperkenalkan jentera John Cooper Works Buggy dan Rally yang akan dipandu oleh pasukan X-raid pada kejohanan Rali Dakar di Peru awal tahun hadapan. Kerjasama antara kedua-dua pasukan itu telah memberikan empat kemenangan keseluruhan berturut-turut dari tahun 2012 hingga 2015.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Enjin yang digunakan bagi kedua-dua jentera adalah sama iaitu unit 3.0-liter turbo diesel enam silinder selari dengan 340 hp dan 800 Nm. Buggy menampilkan kerangka tiub keluli, badan yang diperbuat daripada plastik bertetulang gentian karbon (CFRP) dan Kevlar, serta sistem pacuan roda belakang.

P90285679_highRes_mini-john-cooper-wor

Menurut pengurus pasukan, Sven Quandt, jentera ini tidak pernah mengalami sebarang masalah teknikal sepanjang menjalani latihan di Hungary dan Maghribi.

P90285674_highRes_mini-john-cooper-wor

Sementara itu, Rally yang memakai platform Countryman didatangkan dengan sistem pacuan semua roda dan sistem suspensi yang dipertingkatkan dengan ‘travel’ yang lebih panjang. Ia juga dikatakan lebih ringan berbanding jentera sebelum ini.

P90285684_highRes_mini-john-cooper-wor

Penggunaan dua sistem pacuan yang berlainan adalah untuk mengambil kesempatan ke atas peraturan Rali Dakar yang memberikan kelebihan tertentu kepada jentera pacuan roda belakang.

P90285673_highRes_mini-john-cooper-wor

MINI dan X-raid akan menempatkan tujuh buah jentera, tiga Buggy dan empat Rally, pada kejohanan tersebut.

 

Previous post

Pelumba Toyota Gazoo Racing Malaysia akan sertai saingan Super Endurance Thailand

Next post

Sisma Auto buka bilik pameran Volvo Bukit Bintang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *