Cerita Auto

Mazda CX-9 versi spesifikasi Malaysia dilancarkan

Bermaz secara rasminya telah melancarkan CX-9 versi spesifikasi Malaysia yang ditawarkan dalam dua varian iaitu 2WD (RM281,499) dan 4WD (RM297,349).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kedua-dua varian menggunakan enjin yang sama iaitu SkyActiv-G 2.5-liter turbo yang menghasilkan 228 hp pada 5,000 rpm dan 420 Nm pada 2,000 rpm. Kuasa disalurkan ke roda menerusi kotak gear automatik SkyActiv-Drive enam kelajuan.

Mazda CX-9

Seperti model Mazda 2, 3 dan CX-5, SUV tujuh tempat duduk ini juga dilengkapi ciri G-Vectoring Control (GVC) yang ditugaskan untuk memberikan pengendalian lebih lancar terutamanya di bahagian selekoh dengan mengawal tork yang dihasilkan oleh enjin berdasarkan input stereng.

Mazda CX-9

Selain itu, ia juga didatangkan dengan teknologi keselamatan i-ActivSense yang merangkumi ciri-ciri seperti berikut:

  • Adaptive LED Headlight (ALH)
  • Smart City Brake System (SCBS)
  • Lane Departure Warning System (LDWS)

Mazda CX-9

  • Lane-Keep Assist System (LAS)
  • Blind Spot Monitoring (BSM)
  • Rear Cross Traffic Alert (RCTA)
  • Driver Attention Alert (DAA)

Mazda CX-9

Dari segi sistem infotainment, terdapat skrin sesentuh MZD Connect bersaiz lapan inci serta sistem audio keluaran Bose yang menampilkan 12 unit pembesar suara.

Mazda CX-9

Rangka Skyactiv-Body model ini juga telah dipertingkatkan dari segi NVH (Noise, Vibration and Harshness) untuk memberikan pemanduan yang lebih lancar dan senyap.

Mazda CX-9

CX-9 baharu boleh didapati dalam lima warna iaitu Machine Grey, Snowflake White Pearl, Deep Crystal Blue, Sonic Silver, dan Jet Black.

 

Previous post

Barisan Produksi BMW i8 Roadster Sudah Mula Bergerak Di Kilang Leipzig

Next post

Model Mazda6 SKYACTIV Semua Baharu Akan Datang

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *