Cerita Auto

Maserati Levante S Sekarang Di Malaysia Dengan Harga RM788,000

Naza Italia, pengimport dan pengedar rasmi  Maserati di Malaysia, telah secara rasmi memperkenalkan Maserati Levante S. Levante S twin-turbo berkuasa petrol di Desa Park City, Kuala Lumpur.

World premier Levante S (MY18) adalah di Frankfurt Motorshow  2017.

Versi Levante S menjanjikan prestasi yang tinggi dan kehebatan sukan untuk menavigasi semua terrain bumi dengan mudah.

SUV pertama marque ini telah direka untuk merangsang enjin V6 Maserati twin-turbo yang memaparkan teknologi Gasoline Direct Injection (GDI) terkini pada terasnya.

Enjin ini direka oleh Maserati Powertrain, bersempena dengan pasukan pembangunan Ferrari Powertrain dan kedua-duanya berkuasa dan mesra alam, terima kasih kepada fungsi Auto Start-Stop.

Tork 194 Nm/l.  Kuasa 144hp/l bersamaan 430 hp. 0 – 100 km/j dalam 5.2 saat dan top speed 264 km/j. Pengunaan bahan api 10.9 l/100 km. Emisi CO2 – 253 g/km.

Levante S yang berkuasa petrol sedang diperkenalkan kepada segmen SUV mewah Malaysia pada harga permulaan sebanyak RM 788,800 (termasuk cukai dan eksais) dan termasuk perlindungan jaminan 3 tahun tanpa batasan jarak perbatuan dengan * Maserati Premium Service Plus 3 tahun / 60,000 km yang mana terdahulu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Previous post

Perodua Bertumpu Kepada Penghantaran. 1,000 Myvi Baharu Dihantar Kepada Pemilik

Next post

Iklan 10 Tahun Porsche Ini Masih Relevan

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *