Berita Auto

Lamborghini dan MIT hasilkan “super sportcar” futuristik?

Lewat tahun lalu, Lamborghini mengumumkan jalinan kerjasama dengan Institut Teknologi Massachusetts (MIT), di mana kedua-dua pihak akan berganding bahu bagi mencapai kemajuan dalam teknologi supercar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Hasilnya akan boleh dilihat tidak lama lagi kerana Lamborghini telah mengeluarkan teaser bagi sebuah model baharu yang bakal membuat kemunculan di pertunjukan EmTech 2017 pada minggu ini.

Digelar sebagai “super sportcar masa hadapan”, ada khabar angin mengatakan bahawa kereta itu akan menggunakan rangkaian kuasa yang merangkumi bateri keadaan pepejal (solid state battery).

MIT dikatakan sedang dalam usaha untuk menghasilkan bateri lithium pepejal dengan kepadatan tenaga yang lebih besar, bermakna Lamborghini boleh menggunakan pek bateri yang lebih kecil untuk kenderaannya. Ini dapat mengurangkan berat keseluruhan, sesuatu yang amat penting dalam penghasilan kereta berprestasi tinggi.

Dari segi reka bentuk, gambar teaser yang dikeluarkan menunjukkan reka bentuk tipikal Lamborghini iaitu rendah dan agresif, selain lampu LED sebagai sentuhan menarik.

Previous post

McLaren Tambah Lagi Kereta Mainan P1 ... 'Berkuasa Kaki'

Next post

Ford hasilkan 'Drift Stick' untuk Focus RS

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *