Berita Auto

Ketua Projek Honda Civic Type R Sendiri Terpaksa Membuat Tempahan Untuk Membelinya

Ya. Walaupun Hideki Kakinuma, Ketua Jurutera dan Penolong Pemimpin Projek Besar Honda Civic Type R, dia sendiri terpaksa 1, membelinya dan 2, membuat tempahan untuk membelinya, seperti kita.

unnamed (1)

Beliau membuat tempahan 5 bulan yang lalu ketika ianya dilancarkan di Jepun dan akan menerimanya dalam masa sebulan. Warna pilihan beliau: HITAM.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Warna kelabu yang di paparkan di dalam video ini tidak termasuk dalam senarai warna rasmi Honda Civic Type R. Kelabu ini adalah warna untuk kereta-kereta pandu uji mereka. Warna-warna rasmi yang tersedia ada untuk Honda Civic Type R ialah Brilliant Sporty Blue, Championship White, Crystal Black, Polished Metal Metaliic dan Rally Red. Untuk pasaran kita di Malaysia walau bagaimanapun, hanya satu warna ditawarkan. Warna asli dan asalnya: Championship White.

unnamed

Sehari sebelum pelancaran Honda Civic Type R di Malaysia Autoshow 2017 kami berpeluang menemuramah Hideki Kakinuma dan memandu uji kereta ciptaannya. Turut bersama beliau ialah Naib Presiden Kumpulan Honda Malaysia, En Akkbar Danial dan Penyelaras Eksekutif Honda Malaysia En Shugo Watanabe. Pelbagai soalan telah dilemparkan kepada mereka termasuk pelbagai soalan teknikal. En Akkbar amat fasih berbahasa Jepun dan dengan itu beliau telah menterjemah untuk kita semua jawapan En Kakinuma.  Berikut adalah beberapa sorotan daripada persidangan media tersebut:

Previous post

Program bantuan untuk pelanggan Nissan yang terjejas akibat banjir

Next post

Boon Siew rancang buka pusat sehenti Honda BigWing

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *