Berita Auto

Jualan Proton meningkat sebanyak 12.5%

Proton merekodkan kenaikan jualan 12.5% setakat tahun sehingga kini, dengan jumlah jualan sebanyak 56,297 unit berbanding 50,091 unit dalam tempoh yang sama tahun lepas.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini dapat dicapai meskipun keseluruhan jualan kereta pada September 2017 mengalami penurunan berikutan bilangan cuti umum yang banyak pada bulan tersebut. Peningkatan ini turut disebabkan oleh pertumbuhan sebanyak 1.7% tahun sehingga kini untuk jumlah volum industri (TIV) berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

“Proton amat bernasib baik dengan perancangan model Saga dan Persona yang masing-masingnya dilancarkan pada Ogos dan September 2016. Dengan penambahbaikan yang dilakukan pada kedua-dua model ini, Proton telah berjaya meningkatkan penjualan kereta, di mana sebahagian besarnya adalah melalui hasil jualan kedua-dua Saga dan Persona, iaitu 42.7% (24,061 unit) dan 27.4% (15,448 unit) bagi keseluruhan jualan kereta Proton setakat ini.

Proton Persona

Bagi tahun ini, jumlah jualan kedua-dua model ini juga lebih baik berbanding 2016 dengan peningkatan sebanyak 9,661 unit. Persona pula telah memperlihatkan kenaikan sebanyak 90% pada tahun sehingga kini berbanding tempoh yang sama tahun lepas,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran Proton.

“Pendekatan yang diambil Proton dalam membawa kereta Proton dekat kepada pelanggan telah mula menampakkan hasil. Proton sedang giat melakukan siri jelajah dengan lebih agresif, memasuki ke lokasi kawasan yang sibuk terutama pada hujung minggu. Pameran ciri-ciri keselamatan utama yang ada pada kereta-kereta Proton di siri jelajah Proton telah dapat menarik minat orang ramai,” tambah Rashid.

Proton Saga

Melihatkan kepada maklum balas positif yang diterima daripada pelanggan, Proton kini meneruskan tawaran 5 nilai hebat dengan servis percuma selama 5 tahun dan waranti selama 5 tahun untuk setiap pembelian kereta Proton di seluruh negara.

Previous post

Iklan Volkswagen Ditarik Trailer Yang Telah Dilupakan Tetapi Masih Menakjubkan

Next post

Jejak Makan || ROSS || Eat Beat Ep 40 - ZAKU ZAKU di Tokyo

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *