Cerita Auto

Infiniti QX50 bawa pelbagai teknologi baharu

Infiniti QX50 telah diperkenalkan secara rasmi sebelum ia membuat kemunculan di Los Angeles Auto Show pada minggu ini. Berbanding model sebelum ini, SUV saiz pertengahan itu menggunakan platform serta pelbagai teknologi terbaru, termasuk enjin yang canggih.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Berkapasiti 2.0-liter dengan empat silinder, enjin petrol ‘variable compression turbo’ (VC-T) itu menjanjikan jumlah kuasa dan tork yang tinggi seakan-akan enjin diesel. Ia mampu menyesuaikan strok piston sambil beroperasi, sekaligus mengubah mampatan enjin dari 8: 1 untuk prestasi hingga 14: 1 untuk kecekapan bahan api.

Dengan 268 hp/380 Nm dan kotak gear CVT, QX50 memecut dari 0 hingga 96 km/j dalam 6.7 saat untuk varian pacuan roda hadapan, dan 6.2 saat untuk varian pacuan semua roda. Kelajuan maksimum adalah 230 km/j.

INFINITI_VC_T_engine_01-1200x1050

QX50 dibina di atas platform keluli berkekuatan tinggi serba baharu yang dikatakan 23% lebih tegar berbanding platform yang digunakan pada model sebelum ini. Selain itu, penggunaan platform itu juga menghasilkan ruang kabin dan kargo yang lebih luas dan efisyen.

Seperti Nissan LEAF, model ini turut dilengkapi dengan teknologi keselamatan ProPILOT Assist yang berfungsi dengan menggunakan kamera dan sensor di sekeliling kenderaan. Ia merangkumi beberapa ciri seperti pemanduan autonomi pada kelajuan antara 30 dan 100 km/j, serta brek dan parkir automatik.

 

Previous post

Pengeluaran Volvo XC40 dimulakan di Belgium

Next post

Lagi Lakaran Dari Theophilus

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *