Psst!

Honda HR-V Bersedia Untuk Toyota C-HR Yang Akan Datang Dengan Facelift

Honda sedang menikmati kejayaan jualan tanpa henti dengan crossover padat mereka sejak hari pelancarannya. Honda Malaysia mengambil risiko yang besar bila melancarkan HR-V mereka ke pasaran yang belum bersedia untuk crossover kecil. Satu pertaruhan yang berhasil dengan baik sekali, namun kini, wajah dan ciri baru diperlukan untuk memastikan pembeli akan kekal berminat kerana Toyota di Malaysia akan melancarkan C-HR mereka yang akan  secara langsung mencabar kejayaan jualan HR-V.

Kemas kini HR-V yang akan datang ini berkemungkinan akan merangkumi pelbagai perubahan kosmetik kecil. Kami jangka penambahbaikan bumper dan gril depan, lampu siang yang baru dan mungkin juga beberapa perubahan reka bentuk dalaman. Walaubagaimanapun, jangan harap sangat penambahan option enjin. Semua varain HR-V sekarang, dijual dengan enjin 1.8-litre 4-cylinder dengan CVT (continuously variable transmission), gearbox otomatik yang memacu tayar hadapan. Dalam kabin, anda mungkin melihat tech bijak baharu seperti sistem aplikasi telefon pintar terkini. Mungkin Apple CarPlay dan Android Auto untuk golongan muda.

Previous post

UMW Toyota Motor serah seunit Camry Hybrid kepada Universiti Teknologi Malaysia

Next post

VW Golf R Sekarang Dengan Upgrade Yang Mengancam

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *