Berita Auto

Honda Civic Type R dilancarkan di Malaysia pada harga RM320,000

Setelah membuat kemunculan di Grand Prix Formula 1 Malaysia pada penghujung bulan September lalu, Honda Civic Type R kini telah dilancarkan ke pasaran negara ini dengan harga RM320,000 tidak termasuk insuran.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Honda Malaysia, syarikat itu menerima 60 tempahan bagi model itu dalam tempoh sebulan selepas ia didedahkan kepada umum. Jumlah itu melebihi sasaran jualan awal iaitu sebanyak 60 unit sebulan.

Photo 12

Mengekalkan gabungan enjin 2.0-liter i-VTEC Turbo dengan transmisi manual enam kelajuan, Civic Type R mempunyai 310 PS dan 400 Nm tork yang disalurkan ke gandar hadapan. Unit transmisinya kini dilengkapi dengan teknologi ‘rev-matching’ atau ‘auto blip’ untuk penukaran gear yang lebih lancar.

Photo 10

Model ini dilengkapi dengan tiga mod pemanduan iaitu Comfort, Sport dan +R dan pemandu boleh menggunakannya untuk melaraskan Adaptive Damper System (ADS), pendikit Drive-by-Wire (DBW), Electronic Power Steering (EPS), Vehicle Stability Assist (VSA), kawalan cengkaman dan sistem brek.

Photo 11

Aspek pengendalian pula terdiri daripada suspensi dwi-paksi yang direka bagi mengurangkan ‘torque steer’, peredam adaptif, stereng kuasa elektrik adaptif dengan nisbah berubah-ubah dan Limited-slip Differential (LSD) pada gandar hadapan.

SAM_0013

Ia memakai rim aloi aluminium 20 inci yang dipadankan dengan tayar Continental ContiSportContact 6 bersaiz 245/30. Kuasa membrek pula dibekalkan oleh cakera aluminium berukuran 350 mm di hadapan dan 305 mm di belakang, serta angkup brek Brembo.

SAM_0017

Civic Type R dipasang di kilang Honda di Swindon, United Kingdom, manakala enjinnya dikeluarkan di Anna, Ohio. Ditawarkan dalam warna Championship White, ia didatangkan dengan jaminan selama lima tahun tanpa had perbatuan. Tempoh servis adalah setiap 10,000 km dan ia boleh dilakukan di mana-mana 20 pengedar Honda Sport di seluruh negara.

Previous post

Toyota Harrier buat kemunculan di Malaysia Autoshow 2017

Next post

Renault Megane GT buat penampilan sulung di Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *