Cerita Auto

Ford hasilkan ‘Drift Stick’ untuk Focus RS

Ford telah menghasilkan sesuatu yang bakal menjadi kegemaran pemandu Focus RS iaitu ‘Drift Stick’, tuil brek tangan elektronik yang direka dengan inspirasi kereta rali.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia dibangunkan khas untuk hot hatch itu oleh Ford Performance yang diketuai oleh John Wicks (pasukan yang sama menghasilkan Drift Mode pada Focus RS), dan diakui oleh pemandu rali profesional Ken Block, yang terkenal dengan siri video Gymkhana.

Diperbuat daripada aluminium, Drift Stick dipasang secara ‘plug and play’ dan diletakkan di antara tempat duduk pemandu dan tombol gear. Pemandu tidak perlu untuk mengimpal atau menebuk lubang dan jaminan kenderaan juga tidak terjejas.

????????????????????????????

Apabila Drift Stick ditarik, klac yang memacu gandar belakang akan ‘dibuka’ dan pada masa yang sama, tekanan hidraulik akan mengunci kedua-dua roda belakang bagi menghasilkan ‘drift’. Menurut Ford, tuil brek tangan itu berfungsi selari dengan sistem AWD dan ABS pada Focus RS.

Ia juga boleh digunakan sebagai alat kalibrasi profesional, di mana pemandu boleh memuat turun data diagnostik atau memasukkan tetapan yang berkaitan menerusi USB.

Drift Stick dijual pada harga USD999 (RM4,231) dan hanya boleh didapati di Amerika Syarikat dan Kanada.

Previous post

Lamborghini dan MIT hasilkan "super sportcar" futuristik?

Next post

Misi Mencari Allahyarham Ramli Abdul Majid. PROTON Mengucapkan Setinggi Penghargaan.

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *