Berita Auto

Chevrolet Corvette ZR1 mampu cecah 338 km/j

Chevrolet telah memperkenalkan Corvette ZR1 (C7) yang akan membuat penampilan sulung globalnya di Dubai Motor Show pada minggu ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ia merupakan model Corvette keempat yang menampilkan pakej ZR1 selepas generasi C3 (1969), C4 (1990) dan C6 (2009). Dengan jumlah kuasa sebanyak 755 hp dan 969 Nm tork, ia juga merupakan versi Corvette paling berkuasa setakat ini.

??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Kuasa tersebut diekstrak menerusi enjin 6.2-liter V8 LT5. Berbanding enjin LT4 yang terdapat pada versi Z06, enjin ini dilengkapi dengan unit ‘supercharger’ dengan 52% lebih kapasiti, serta sistem suntikan bahan api berkembar yang menggunakan suntikan langsung utama dan suntikan port tambahan.

??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Selain daripada menghasilkan kuasa kuda yang tinggi, enjin itu sudah tentunya mengeluarkan banyak haba. Bagi menangani isu ini, Corvette ZR1 kini menggunakan 13 buah radiator, berbanding hanya sembilan sebelum ini.

??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Pilihan transmisi adalah manual tujuh kelajuan atau automatik lapan kelajuan yang ditawarkan buat pertama kali pada model ini. Chevrolet masih belum mendedahkan prestasi jentera terbarunya ini, namun mengesahkan yang ia mampu memecut sehingga 338 km/j.

??????????????????????????????????????????????????????????????????????????????????

Corvette ZR1 boleh didapati dengan dua pilihan pakej aerodinamik iaitu Low Wing dengan ‘spoiler’ belakang bersaiz standard atau High Wing dengan ‘spoiler’ boleh laras yang diikat terus pada casis. Pelanggan yang memilih pakej High Wing juga akan mendapat ‘splitter’ hadapan, tayar Michelin Pilot Sport Cup 2 dan sistem penggantungan Magnetic Ride Control.

 

 

Previous post

Saab 9-3 Akan Jadi Kereta Nasional Elektrik Turkey

Next post

Mitsubishi tawar bonus tunai sehingga RM11,000

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *