Cerita Auto

Bentley Continental GT3 baharu dalam misi mempertahankan kejuaraan

Bentley telah mendedahkan Continental GT3 versi terbaru yang akan digunakan bagi saingan musim hadapan. Ia akan mengambil alih tugas Continental GT3 generasi pertama yang terbukti hebat dengan 120 podium dan 45 kemenangan dari 528 perlumbaan di seluruh dunia setakat ini.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dibangunkan secara dalaman oleh Bentley Motorsport dengan sokongan rakan teknikalnya iaitu M-Sport, Continental GT3 menggunakan struktur aluminium yang sama dengan model jalanan Continental GT. Ini bukan sahaja membuatkan beratnya kurang dari 1,300 kg, malah memberikan pengagihan berat yang ideal untuk tujuan perlumbaan.

Di bawah bonetnya tersimpan enjin 4.0-liter V8 dwi-turbo yang menghasilkan sekurang-kurangnya 550 hp. Menurut Bentley, enjin tersebut dilengkapi dengan sistem pelinciran ‘dry sump’, serta ‘intake’ dan sistem ekzos baharu.

New Bentley Continental GT3 - 3

Jentera litar ini telah memulakan program ujiannya selama enam bulan dan telah diuji di United Kingdom, Perancis dan Portugal. Kerja-kerja pembangunan yang akan datang termasuklah simulasi perlumbaan selama 24 jam.

Bagi musim 2018, Bentley Motorsport akan mempertahankan Piala Blancpain GT Series Endurance yang dimenangi pada musim ini. Ia juga akan berlumba di serata dunia di Cabaran Intercontinental GT yang diadakan selama empat pusingan.

New Bentley Continental GT3 - 2

Previous post

Jadi pemilik Yamaha NVX GP Edition dengan tambahan RM600

Next post

Jejak Makan || ROSS || Eat Beat 43 - Nicsmann 1940s By Lewré, The Starling, On The Park

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *