Cerita Auto

Apa yang menarik di Malaysia Autoshow 2017

Malaysia Autoshow 2017 kini sedang berlangsung di MAEPS, Serdang sehingga esok (12 November). Di sini kami senaraikan beberapa model terbaru yang dipamerkan di acara tersebut:

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Perodua Myvi

SAM_0058

Hatchback kegemaran rakyat Malaysia ini tetap menjadi tarikan utama walaupun masih belum didedahkan sepenuhnya. Ia akan ditawarkan dengan enjin 1.3 dan 1.5 liter, dengan harga bermula dari RM44,300 hingga RM55,300.

Honda Civic Type R

Honda Civic Type R

Jentera pacuan roda hadapan (FWD) yang terpantas di litar Nurburgring kini telah tiba di Malaysia. Ia dijual pada harga RM320,000 dan 60 unit sudah ditempah setakat ini.

Kia Stinger

SAM_0033

Sedan berkuasa hasil rekaan Peter Schreyer ini membuat penampilan pertamanya di negara ini dalam versi GT dengan enjin 3.3-liter V6 dwi-turbo yang menghasilkan 365 hp dan 510 Nm. Masih belum diketahui sama ada ia akan dijual di sini atau tidak.

Toyota Harrier

Toyota

Harrier bukanlah nama yang asing di negara ini. UMW Toyota Motor akan membawa masuk versi turbo petrol 2.0-liter dengan dua pilihan varian iaitu Premium dan Luxury. Tempahan telah dibuka dengan harga bermula dari RM238,000.

Renault Megane GT

SAM_0062

Pesaing kepada Ford Focus dan Volkswagen Golf ini akan turut dipamerkan di beberapa bilik pameran Renault terpilih selepas Malaysia Autoshow. Ia menampilkan enjin 1.6-liter turbo yang menghasilkan 205 PS dan 280 Nm, serta sistem 4Control.

Dan bermacam-macam lagi…

Selain daripada itu, pengunjung juga boleh melihat kenderaan dengan lebih dekat serta menikmati tawaran-tawaran menarik dari booth Mazda, Mitsubishi, Boon Siew Honda, Proton, Peugeot, Citroen, DS, Nissan dan Hyundai.

SAM_0080

SAM_0079

SAM_0044

SAM_0018

SAM_0037

SAM_0049

SAM_0039

 

 

 

Previous post

Raikan perayaan akhir tahun dengan ganjaran dari SDAC dan Ford

Next post

Volkswagen tawar diskaun sehingga 30 peratus kepada mangsa banjir

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *