Gaya Hidup

Anugerah Putra Brand PROTON Yang Pertama!

PROTON telah memenangi Anugerah Perak bagi Kategori Automotif di majlis Anugerah Putra Brand 2017 yang diadakan di Hotel Majestic, Kuala Lumpur, semalam. Ini merupakan kemenangan pertama bagi PROTON sejak Anugerah Putra Brand dilancarkan pada tahun 2010.

 
“Ini adalah kemenangan yang penting bagi kami selepas berlakunya pembaharuan di PROTON. Dengan membawa pulang Anugerah Perak dalam Kategori Automotif, ini merupakan pencapaian yang mengagumkan bagi PROTON memandangkan ia adalah kali pertama kami disenarai pendek dan muncul sebagai pemenang untuk anugerah berprestij ini. Dengan kemenangan yang diterima baru-baru ini bagi Iriz yang diperbaharui di Anugerah Pilihan Pengarang Carsifu 2017 dan kenaikan prestasi jualan PROTON pada Januari hingga September 2017, pengiktirafan ini menandakan bahawa Syarikat sedang menuju ke arah yang betul dan anugerah ini datang pada masa yang sesuai,” kata Abdul Rashid Musa, Naib Presiden, Jualan dan Pemasaran, PROTON.

 
Anugerah Putra Brand adalah satu inisiatif oleh Persatuan Ejen Pengiklanan Bertauliah Malaysia (4A’s) untuk memberi pengiktirafan kepada jenama tempatan dan antarabangsa yang telah mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Anugerah- anugerah pada Putra Brand ini dikenalpasti mengikut pilihan pengguna dan acara ini mendapat pengesahan daripada MATRADE. Ia adalah satu-satunya anugerah dari pilihan orang ramai.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101
“Anugerah ini bertujuan untuk mengiktiraf pembinaan jenama sebagai pelaburan perniagaan yang penting dan hasil yang diperoleh adalah berdasarkan kaji selidik yang sah dari para pengguna dalam beberapa kriteria seperti jenama pilihan, harga, kualiti, serta pengiklanan dan promosi. PROTON amat gembira dan berterima kasih di mana usaha Syarikat untuk membawa kereta Proton lebih dekat kepada pengguna dan meningkatkan kesedaran terhadap produk sementara PROTON meningkatkan persepsi jenama telah mula menampakkan hasil,” tambah Rashid.

 
“Dari segi promosi, PROTON kini meneruskan tawaran kepada pelanggan baharu iaitu perkhidmatan 5 tahun percuma* dan waranti selama 5 tahun* dalampromosi 5 Nilai Hebat. Oleh itu, ambillah peluang ini untuk pandu uji kereta Proton dan alamilah nilai yang berbaloi dalam pemilikan kereta PROTON,” tambah Rashid lagi.

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh menghubungi talian khidmat pelanggan PROTON di 1800 888 398 atau e-mel customercare@proton.com. Pelanggan juga boleh layari www.proton.com atau Facebook rasmi PROTON di www.facebook.com/ProtonCarsOfficial.

Untuk kemudahan tambahan, pelanggan boleh memuat turun aplikasi rasmi mudah alih MyProton, yang boleh didapati melalui Google Play dan Apple App Store. *Perkhidmatan percuma tamat selepas 5 tahun atau 100,000km (mana-mana terdahulu) termasuk alat ganti, minyak enjin dan caj pekerja. Waranti tamat selepas 5 tahun atau 150,000km, mana-mana terdahulu. Tawaran bermula 1 Nov hingga 30 Nov 2017.

Award

Previous post

Ducati dan NAZA sasar pertumbuhan besar pada 2018

Next post

Perodua Memenangi EMAS di Putra Brand Awards 2017 Buat Kali Pertamanya

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio. 8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio. Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *