Berita Auto

Volvo S90 T8 Twin Engine versi CKD dilancarkan

Volvo Car Malaysia (VCM) secara rasminya telah melancarkan Volvo S90 T8 Twin Engine versi CKD baharu. Sedan itu merupakan model hibrid plug-in kedua yang dipasang secara tempatan di Shah Alam selepas SUV XC90 T8 Twin Engine.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Varian ini dikuasakan oleh enjin ‘twin charge’ 2.0-liter empat silinder yang memacu roda hadapan, serta sebuah motor elektrik yang menggerakkan roda belakang. Gabungan ini menghasilkan 407 hp dan 640 Nm tork, yang kemudiannya disalurkan menerusi kotak gear automatik lapan kelajuan dengan Geartronic.

Volvo S90 T8 CKD

Dari segi prestasi, pesaing kepada Mercedes-Benz E350e ini mampu memecut dari 0 hingga 100 km/j dalam 4.8 saat dan mencapai kelajuan maksimum 250 km/j. Ia juga boleh dipandu dengan kuasa elektrik sepenuhnya sejauh 50 km.

Volvo S90 T8 CKD

S90 T8 ditawarkan dalam dua varian iaitu Inscription dan Inscription Plus, di mana sistem audio Bowers & Wilkins dengan 19 pembesar suara diperkenalkan buat pertama kali. Sistem ini mempunyai tiga mod pratetap iaitu Studio, Stage dan Concert Hall.

Volvo S90 T8 CKD

Selain itu, S90 T8 Inscription Plus turut dilengkapi dengan sistem penggantungan udara dengan penyerap hentak kawalan elektronik (Four-C). Ia berfungsi secara automatik bagi memastikan bahagian belakang seimbang tanpa mengira beban, serta menyesuaikan dengan keadaan jalan dan gaya pemanduan.

Volvo S90 T8 CKD

Dari aspek kelengkapan, kedua-dua varian didatangkan dengan Park Assist, kamera 360 darjah, Blind Spot Information System (BLIS) dengan Cross Traffic Alert (CTA), upholsteri kulit Nappa serta tombol gear kristal buatan Orrefors.

Volvo S90 T8 CKD

Volvo S90 T8 versi Inscription dijual pada harga RM368,888 manakala versi Inscription Plus pula berharga RM388,888 (harga atas jalan tanpa insurans). Bagaimanapun, pelanggan yang membuat tempahan bagi mana-mana varian sebelum 31 Oktober 2017 akan menikmati diskaun sebanyak RM20,000.

Volvo S90 T8 CKD

VCM turut mengumumkan bahawa S90 T8 Twin Engine yang dipasang di negara ini akan dieksport ke pasaran luar terpilih.

 

 

 

Previous post

Program Toyota Eco Youth Menandakan Tahun ke-17 Menyokong Agenda Lestari di Malaysia

Next post

Isuzu Malaysia sumbang trak kepada Universiti DRB-HICOM

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *