Gaya Hidup

Uber Kena Ban Di London. Mereka Merayu.

Bulan lalu, Transport for London (TfL) menolak permohonan Uber memperbaharui lesen kereta sewa persendirian mereka dengan alasan bahawa firma ride-hailing ini tidak sesuai  atas alasan “implikasi keselamatan penumpang dan keselamatan awam”. Walaubagaimanapun proses rayuan itu boleh mengambil masa berbulan-bulan. Sementara itu Uber masih boleh terus beroperasi di London. TfL “mencatat” rayuan Uber tetapi berkata mereka tidak akan mengulas apa-apa sebelum perbicaraan.

Seramai 3.5 juta penumpang dan 40,000 pemandu menggunakan aplikasi Uber di London. Semasa TfL menafikan Uber lesennya bulan lalu mereka menyenaraikan empat kebimbangan utama mengenai operasi Uber:

1. Cara Uber melaporkan kesalahan jenayah yang serius.
2. Pendekatan Uber mendapatkan sijil perubatan.
3. Prosedur Uber untuk pemeriksaan Enhanced Disclosure dan Barring Service (DBS) keatas pemandu-pemandu mereka.
4. Penggunaan perisian yang TfL mendakwa boleh menghalang kerja pengawal selia.

Uber membantah aduan-aduan itu, dengan mengatakan mereka mempunyai prosedur khas untuk menangani dakwaan kesalahan jenayah. Mereka mendakwa bahawa pemeriksaan DBS telah dikendalikan dengan betul oleh organisasi pihak ketiga dan kebimbangan TfL terhadap penggunaan perisian tidak wajar.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kes ini merupakan tambahan terbaru kepada senarai masalah-masalah yang Uber telah hadapi.

Pada bulan Julai lalu, ketua eksekutif mereka Travis Kalanick, yang membantu menubuhkan syarikat ini pada tahun 2009, meletak jawatan berikutan beberapa siri skandal dan kritikan terhadap gaya pengurusannya.

Pada bulan Jun, 20 kakitangan mereka dipecat di Amerika Syarikat selepas firma undang-undang menyiasat aduan yang dibuat terhadap syarikat bersabit tuduhan gangguan seksual, pembulian dan balas dendam kerana membuat laporan.

Tahun lepas, Uber gagal di tribunal pengambilan pekerja di UK yang mana pengusaha harus digolongkan sebagai pekerja dan bukan pekerja persendirian.

[Petikan berita BBC News Business]

ORG_DSC00182 2

Previous post

Audi A7 Baharu! Semua Model Datang Dengan Powertrain Hibrid Ringan

Next post

Mazda CX-5 Baharu Sudah Kelihatan Di Jalanan

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *