Berita Auto

Peugeot L750 R HYbrid sertai Gran Turismo Sport

Peugeot telah memperkenalkan rekaan terbaru mereka yang dikenali sebagai L750R HYbrid Vision Gran Turismo. Tidak perlu tunggu  kemunculannya di jalan raya kerana jentera ini dibangunkan hanya untuk permainan video Gran Turismo Sport yang akan dilancarkan tidak lama lagi.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Peugeot, jentera ini adalah seberat 825 kg – 175 kg lebih ringan berbanding model terdahulu iaitu L500 R HYbrid. Ia menggunakan struktur yang diperbuat daripada gentian karbon dan rodanya adalah jenis megnesium tempaan.

Peugeot-GT-Concept-02

Pengendalian cekap dicapai menerusi penggunaan sistem suspensi bebas pada bahagian depan dan belakang yang berupaya mengubah ketinggian kenderaan mengikut kelajuan. Sistem brek hidraulik dwi-litar pula menghasilkan prestasi keseluruhan yang seimbang.

Peugeot-GT-Concept-06

L750 R HYbrid dikuasakan oleh enjin petrol dengan 580 PS dan keupayaan untuk ‘mengaum’ sehingga 10,000 rpm. Dipadankan dengan motor elektrik 170 PS, jentera ini mempunyai kuasa keseluruhan sehingga 750 PS.

 

Previous post

Swipe, Pam dan Menang RM5,000 Setiap Hari Dengan Shell & Bonuslink

Next post

Saitama Honda Akan Menjadi Kilang Kenderaan Elektrik Sepenuhnya

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *