Cerita Auto

Pelanggan ini memesan dua buah McLaren khas keluaran MSO

Seorang pelanggan setia McLaren bakal menerima bukan satu, tetapi dua buah model 650S yang dibangunkan mengikut spesifikasi individu oleh McLaren Special Operations (MSO).

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Digelar sebagai MSO R Coupe dan MSO R Spider, kedua-dua buah kereta tersebut mempunyai ciri-ciri luaran, dalaman dan teknikal yang sama kecuali Spider yang tidak mempunyai bumbung.

8408-McLaren_MSO-R+Personal+Commission_007

Kedua-duanya didatangkan dalam warna Liquid Silver dengan kemasan satin bagi Coupe dan berkilat bagi Spider, berserta jalur gentian karbon di bahagian tengah dan jalur Delta Red pada splitter hadapan dan bilah sisi. Selain itu, ia turut memakai rim lima batang dalam kemasan hitam satin bagi Coupe dan hitam berkilat bagi Spider.

8410-McLaren_MSO-R+Personal+Commission_009

Bahagian dalaman MSO R Coupe dan Spider dihiasi dengan kemasan Alcantara, jahitan hitam serta logo sulaman ‘MSO R’ pada perehat kepala. Roda sterengnya mempunyai kemasan gentian karbon pada bahagian atas dan bawah, pemegang Alcantara serta jalur tengah berwarna Delta Red.

8415-McLaren_MSO-R+Personal+Commission_014

Tidak terhad kepada perubahan visual, enjin dwi-turbo 3.8-liter V8 model ini turut menerima penambahbaikan dalam bentuk port ekzos yang digilap dengan tangan serta sistem ekzos titanium. Hasilnya adalah 688 PS dan 700 Nm.

Previous post

Chery Exeed TX Mungkin Tiba di Malaysia Lebih Awal Dari Jangkaan

Next post

Mazda Mula Pengeluaran CX-5 di Loji Hofu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *