Gaya Hidup

Nissan Serena Dapat Treatment NISMO … Nak?

MPV  Nissan Serena yang mesra keluarga kini mendapat rawatan NISMO …… tapi sayangnya hanya untuk Jepun. Walau bagaimanapun, penjaga jenama Nissan tempatan, ETCM mungkin memperkenalkan versi ini untuk memeriahkan segmen ini.

 

Gaya dan prestasi NISMO yang mengghairahkan untuk Serena datang tanpa mengorbankan kemesraan keluarga. Reka bentuk luar sewajarnya mencerminkan sifat berorientasikan prestasi NISMO, dengan bahagian aeronya khusus meningkatkan keagungan penampilannya. Di dalam, penghuni akan menikmati aksen merah NISMO.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Serena NISMO mempunyai pengendalian yang lebih tajam, berikutan sistem suspensi sport. Modul kawalan enjin baru dan sistem ekzos menambah keseronokan dan pengalaman memandu keseluruhan . Serena NISMO dijadualkan akan dijual di Jepun pada November 2017.

 

Previous post

Renault di Sunway Velocity Minggu Ini. Tawaran Daripada RM89,888

Next post

5 Model Audi Sport BAHARU Disahkan Menjelang Tahun 2020

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *