Motosikal

MV Agusta, Lewis Hamilton hasilkan superbike F4 edisi terhad

Juara dunia F1 tiga kali, Lewis Hamilton dan MV Agusta, telah bekerjasama bagi menghasilkan model superbike F4 LH44. Ini merupakan motosikal edisi terhad kedua yang dihasilkan menerusi gandingan tersebut selepas Dragster RR LH yang diperkenalkan pada tahun lalu.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

F4 LH44 pada asasnya adalah model F4 RC yang diinspirasikan oleh jentera lumba Reparto Corse yang digunakan dalam Kejohanan Superbike Dunia. Ia dikuasakan oleh enjin empat silinder ‘Corsa Corta’ yang menghasilkan 205 hp pada 13,600 rpm, namun kit prestasi yang merangkumi penyenyap titanium dan unit kawalan mampu menaikkan kuasa sebanyak 7 hp.

MV-Agusta-F4-LH44-Lewis-Hamilton-Limited-Edition-09

Membuatkan F4 LH44 unik adalah skema warna garang yang mencerminkan karakter Hamilton. Motosikal itu menampilkan fairing berwarna merah epal yang dipadankan dengan rangka trellis berwarna putih mutiara. Warna hitam turut digunakan pada komponen-komponen tertentu, termasuk suspensi Öhlins yang biasanya didatangkan dalam warna emas.

MV-Agusta-F4-LH44-Lewis-Hamilton-Limited-Edition-02

F4 LH44 adalah model F4 produksi pertama yang dilengkapi dengan penghadang angin berwarna hitam. Tempat duduknya pula diperbuat menggunakan bahan mewah seperti kulit dan Alcantara, lengkap dengan jahitan bermotifkan permata.

MV-Agusta-F4-LH44-Lewis-Hamilton-Limited-Edition-01

Selain itu, antara perincian lain yang boleh didapati adalah penutup tangki minyak gaya perlumbaan, roda tempaan dan nat roda khas. Tayar yang digunakan adalah dari jenis Pirelli Diablo Supercorsa SP bersaiz 120/70 di depan dan 200/55 di belakang. Direka khas bagi model ini, tayar tersebut dihiasi garisan merah dan logo ‘LH44’.

MV-Agusta-F4-LH44-Lewis-Hamilton-Limited-Edition-06

Pengeluaran F4 LH44 dihadkan kepada hanya 44 unit dengan harga melebihi 50,000 Euro (RM250,000) setiap satu.

Previous post

Honda Akan Mulakan Jualan Step WGN Baharu

Next post

Mazda & Toyota Kongsi Platform Sama

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *