Berita Auto

Miliki Ford Ranger XLT tanpa kos penyelenggaraan untuk 5 tahun

Buat masa terhad sahaja, Sime Darby Auto Connexion (SDAC) sedang menawarkan sifar kos penyelenggaraan untuk lima tahun atau 100,000 km, berserta rebat wang tunai dengan setiap pembelian Ford Ranger XLT.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ranger XLT dilengkapi Kawalan Stabiliti Elektronik (Electronic Stability Control) bersama Kawalan Cengkaman (Traction Control), yang mengawal understeer dan oversteer dengan membetulkan garis panduan menerusi gabungan penggunaan brek pada roda yang sesuai dan mengurangkan tork enjin.

Kawalan Muatan Adaptif (Adaptive Load Control), yang mengambil kira keadaan muatan kenderaan, memastikan Kawalan Stabiliti Elektronik digunakan dengan sewajarnya.

Selain ciri-ciri tersebut, sistem Pengurangan Olengan (Rollover Mitigation system) mampu mengenalpasti situasi-situasi pemanduan yang merbahaya, lantas mengaktifkan Kawalan Stabiliti Elektronik untuk mengembalikan stabiliti kenderaan.

Dilengkapi dengan Pengemudian Berkuasa Elektronik (Electronic Power-Assisted Steering), Ranger XLT turut mempunyai keupayaan menunda sebanyak 3,500 kg dan pelbagai lagi ciri-ciri pintar dan keselamatan lima bintang.

Ia boleh didapati dengan pilihan enjin diesel Duratorq empat-silinder TDCi 2.2- liter dengan kuasa sebanyak 160 PS dan tork sebanyak 385 Nm, atau enjin diesel Duratorq lima-silinder TDCi 3.2-liter, dengan 200 PS dan tork sebanyak 470 Nm.

Model Ranger 2.2-liter XLT boleh didapati dalam lima warna iaituAluminium Metallic, Aurora Blue, Cool White, Metropolitan Grey dan Black Mica, manakala varian 3.2-liter XLT pula boleh didapati dalam warna Aluminium Metallic, Cool White, Metropolitan Grey dan Black Mica.

Kunjungi bilik pameran Ford berhampiran anda untuk menikmati tawaran ini dari sekarang sehingga 31 Disember.

Previous post

Volvo XC60 Kini Hanya RM250,888. Kemewahan Keselamatan Gaya.

Next post

Peluang bertemu Jorge Lorenzo dengan pembelian minyak motosikal Shell Advance di Lazada Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *