Motosikal / Lain Lain Roda

MForce Bike Holdings lancar Benelli Leoncino dan 3 motosikal Keeway

MForce Bike Holdings baru-baru ini melancarkan bukan satu tetapi empat model baharu bagi pasaran Malaysia iaitu Benelli Leoncino 500, Keeway Patagonian Eagle 250, Keeway K-light 202 dan Keeway Café Racer 152.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Leoncino 500 (RM27,999)

Leoncino Maroon - Front View

Menggabungkan tradisi dengan gaya kontemporari dan prestasi, Leoncino 500 dikuasakan oleh enjin 500 cc, dua silinder yang menghamburkan 47 hp pada 8,500 rpm dan 45 Nm pada 5,000 rpm.

Ia menampilkan rim aloi 17 inci yang dibalut tayar bersaiz 120/70 di depan dan 160/60 di belakang. Suspensi hadapannnya adalah fork terbalik bersaiz 45 mm, manakala swingarm di belakang di kawal oleh penyerap hentak.

Dilengkapi dengan ABS, instrumen digital serta lampu projektor LED, motosikal ini boleh didapati dalam dua warna iaitu Leoncino Red dan Vulcan Black.

Patagonian Eagle 250 (RM9,338)

KEEWAY Patagonian - 01

Mengambil inspirasi dari motosikal chopper pada era 60-an dan 70-an, Patagonian Eagle 250 dilengkapi dengan enjin 249 cc, silinder berkembar yang menghasilkan 17.4 hp pada 8,000 rpm dan 16.5 Nm pada 6,000 rpm. Transmisi lima kelajuan menyalurkan kuasa ke roda belakang.

Ia juga didatangkan dengan beberapa komponen yang direka dengan kreatif seperti tangki minyak ‘teardrop’ 12 liter, ekzos krom, rim lima batang bersaiz 18 inci di hadapan dan 15 inci di belakang, silinder berwarna hitam serta bar hendal ‘pullback’.

Ia ditawarkan dalam dua warna; Matte Black dan Metallic Matte Red.

K-Light 202 (RM8,588)

KEEWAY K-LIGHT 202-08

Ini merupakan motosikal ‘hot-rod’ moden retro yang dikuasakan oleh enjin 197 cc, silinder tunggal dengan 12.8  hp pada 7,500 rpm dan 13.9 Nm pada 6,000 rpm. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear lima kelajuan.

Ia mempunyai rangka jenis ‘bassinet’ dengan fork teleskopik di hadapan dan suspensi spring gegelung teleskopik di belakang. Kuasa membrek dibekalkan oleh cakera bersaiz 280 mm di depan dan 240 di belakang.

K-Light 202 boleh didapati dalam warna hitam dan merah,

Café Racer 152 (RM6,150)

KEEWAY Cafe Racer 152 -  05

Menggerakkan Cafe Racer 152 adalah enjin silinder tunggal berkapasiti 149 cc dan transmisi lima kelajuan. Gabungan ini memberikan 11.4 hp pada 8,500 rpm dan 11.1 Nm.

Dengan berat 108 kg, motosikal ini dilengkapi dengan sistem penggantungan teleskopik dan tayar bersaiz 17 inci pada kedua-dua bahagian. Ia juga didatangkan dengan brek cakera 220 mm di depan dan brek ‘drum’ 130 mm di belakang.

Dua warna ditawarkan bagi Cafe Racer 152 iaitu hitam dan biru.

 

Previous post

Cal Crutchlow bertemu peminat sempena MotoGP Grand Prix Malaysia

Next post

BMW Motorrad Malaysia pertaruhkan HP4 Race, G 310 GS dan S 1000 XR

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *