Berita Auto

McLaren F1 dengan perbatuan rendah untuk dijual

McLaren F1 adalah antara supercar paling rare di atas muka bumi ini dengan hanya 106 unit dihasilkan dari 1992 hingga 1998. Daripada jumlah tersebut, hanya 64 unit sah untuk digunakan di jalan raya manakala selebihnya adalah prototaip dan jentera lumba.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Sekiranya anda berfikir bahawa memiliki salah satu daripadanya adalah mustahil, anda salah kerana Tom Hartley Jr, penjual kereta klasik di England, mempunyai satu unit F1 untuk dijual.

McLaren F1 03

Dihasilkan pada tahun 1997, unit bernombor 060 tersebut didatangkan dalam warna asal dari kilang iaitu Dandelion Yellow. Apa yang membuatkan ia lebih istimewa berbanding mana-mana F1 yang lain adalah perbatuan sejauh hanya 238 km pada odometer.

McLaren F1 04

 

Bukan itu sahaja, bahagian kabin turut dijaga dengan begitu baik dengan bungkusan busa dan plastik digunakan untuk melindungi tempat duduk, papan pemuka dan lantai. Jentera unik ini seolah-olah tidak pernah digunakan sejak keluar dari kilang McLaren di Woking, England.

McLaren F1 05

Ia turut didatangkan dengan beberapa kelengkapan tambahan seperti ekzos F1 LM, stereng suede dari F1 GTR yang boleh ditanggalkan, jam Tag Heuer dengan nombor siri kenderaan, kabinet alat, serta buku pemilik khas. Selain itu, tandatangan pereka model ini iaitu Gordon Murray turut tertera di bahagian belakang sisi kanan.

McLaren F1 02

Harga tidak diumumkan, namun untuk perbandingan, F1 pertama yang diimport masuk ke Amerika Syarikat (dengan perbatuan kira-kira 15,000 km) dijual pada harga melebihi USD15 juta (RM63.3 juta).

 

 

Previous post

Apa Itu Cat 'Soul Red Crystal' Mazda?

Next post

Perodua laksana program tanggungjawab korporat selama 3 tahun dengan Rumah Kanak-kanak Shan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *