Psst!

Mazda & Toyota Kongsi Platform Sama

Mazda dan Toyota mengembangkan EV mereka sendiri daripada senibina usahasama itu. “Setiap syarikat akan bertanggungjawab untuk pembangunan kenderaan tertentu, dan perolehan alatan tidak akan terjejas oleh mana-mana para pembekal mengambil bahagian dalam fasa pembangunan teknologi asas ini,” kata jurucakap Toyota Jean-Yves Jault. “Setiap syarikat akan mempunyai kebebasan sepenuhnya untuk membuat keputusan sendiri mengenai pembangunan produk.”

Toyota dijangka mula menjual EV baharunya di China dalam tempoh beberapa tahun akan datang. Syarikat itu juga mengatakan bahawa pada awal tahun 2020, ia bercadang untuk memperkenalkan kenderaan dengan bateri pepejal generasi akan datang, yang membolehkan pengisian lebih cepat dan jarak yang lebih jauh.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Mazda telah berkata ia merancang untuk melancarkan EVnya pula pada tahun 2019, tetapi Mazda tidak mempunyai budget r & d yang banyak untuk pembangunan yang rumit. Mazda tidak menjual EV buat masa ini dan tawaran hibrid hanya merupakan versi kereta kecil Mazda3 dan hanya ditawarkan di Jepun. Ia bergantung pada sistem yang direka oleh Toyota.

 

 

 

Previous post

MV Agusta, Lewis Hamilton hasilkan superbike F4 edisi terhad

Next post

Li Chunrong Dilantik CEO Proton

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *