Cerita Auto

Kumpulan BMW Malaysia lancarkan M2 baharu

Kumpulan BMW Malaysia hari ini memperkenalkan M2 Coupé baharu yang kini menawarkan gaya luaran yang lebih agresif dan ciri-ciri dalaman yang baru dan teknologi ketersambungan yang lebih canggih.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Di samping apron depan yang diubahsuai dengan lubang udara yang besar, coupe sporty ini membelah kegelapan malam dengan lampu depan bi-LED baru yang menggantikan lampu xenon pada model yang sebelumnya.

Gaya agresif M2 diserlahkan lagi dengan paip ekor ekzos berkembar M, rekaan baru lampu belakang LED sepenuhnya serta rim aluminium 19 inci dengan reka bentuk jejari berkembar M yang diperkenalkan buat pertama kali bagi model itu.

BMW  (2)

Ruangan dalam menampilkan jahitan biru kontras manakala sistem infotainment dipertingkatkan dengan skrin sentuh, ‘live tiles’ dan Apple CarPlay yang tersedia menerusi BMW ConnectedDrive Store. Di samping stereng kulit M ‘Walknappa’ dengan butang M Drive, kemasan trim gentian karbon kilatan tinggi jelas menonjolkan karakter model itu.

M2 mengekalkan enjin turbo 3.0-liter enam silinder selari yang menghasilkan 370 hp pada 6,500 rpm dan 465 Nm, yang boleh dipertingkatkan sehingga 500 Nm dengan fungsi ‘overboost’.

BMW  (6)

Pengendalian M2 baharu diberi pembaharuan dalam bentuk sistem suspensi M Sport yang  dibuat lebih keras dan pada masa yang sama menggunakan tetapan peredam untuk mengekalkan keselesaan. Stereng M Servotronic dengan dua tetapan tindak balas dan brek kompaun M turut disertakan.

Ciri-ciri istimewa lain termasuklah pam pulangan minyak dwi aliran untuk memastikan agihan minyak yang sama rata ketika kereta sedang memecut, semasa membrek dan mengambil selekoh tajam. Active M Differential yang dikawal secara elektronik turut memainkan peranan yang penting. Ia memberikan keseronokan memandu yang lebih dengan M Dynamic Mode (MDM) yang membolehkan pemandu melakukan ‘drift’ secara terkawal.

BMW  (3)

BMW M2 baharu ditawarkan dalam warna Long Beach Blue, Black Sapphire, Alpine White dan Mineral Grey. Warna bagi bahagian dalaman dan tempat duduk didatangkan dalam warna Dakota Black Leather dengan jahitan kontras berwarna biru bagi tempat duduk pemandu dan penumpang.

Harga runcit (atas jalan, tanpa insurans, dan dengan Program Waranti Tanpa Had Perbatuan selama 5 Tahun dengan Servis Berjadual Percuma dan Program Waranti Tayar selama 2 Tahun/24 Bulan) bagi model itu adalah RM535,800.

BMW  (4)

Dengan BMW Balloon Financing dari BMW Credit Malaysia, M2 baharu boleh dimiliki dengan bayaran bulanan dari RM6,188 di Semenanjung Malaysia dan Malaysia Timur.

Kawasan Harga Bayaran Bulanan  (80%) Bayaran Bulanan (90%)
Semenanjung Malaysia RM535,800.00 RM 6,188 RM 7,188
Malaysia Timur RM537,986.50 RM 6,188 RM 7,188
Bebas Cukai RM331,980.00 RM 3,788 Rm 4,488

BMW  (2) (1)

Previous post

Daihatsu Pamer DN Pro Cargo, DN Compagno, DN U-Space DN Trec dan DN Multisix di Tokyo Motor Show ke 45

Next post

Grab mulakan kempen 'Better 365' untuk meningkatkan manfaat pemandu

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *