Berita Auto

Koji Nakamura dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia

Baru-baru ini, Isuzu Malaysia telah mengumumkan pelantikan Koji Nakamura sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baharu di syarikat tersebut. Beliau bakal dipertanggungjawabkan dengan tugas menyelia operasi syarikat, termasuk aspek-aspek jualan, selepas jualan dan juga kewangan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menurut Kenji Matsuoka, selaku Ketua Pegawai Eksekutif semasa yang bakal melepaskan jawatan tersebut, “Koji Nakamura mempunyai pengalaman yang sangat meluas, terutama sekali dalam bidang perancangan strategik, jualan dan pentadbiran operasi. Tambahan pula, beliau pernah menyandang pelbagai jawatan kepimpinan dalam industri automotif yang sememangnya mencabar ini.”

Sejak 2015, Kenji Matsuoka telah memegang jawatan Ketua Pegawai Eksekutif, dan sepanjang tempoh beliau bertugas, Isuzu Malaysia telah melalui arus perubahan yang sangat positif. Ini termasuk kenaikan kedudukan Isuzu di tangga No. 6 (daripada No. 7) untuk syarikat automotif terbaik berasaskan jumlah jualan.

Selain itu, di bawah kepimpinan beliau, Isuzu berjaya mengekalkan kedudukan sebagai jenama trak pilihan No. 1 di Malaysia. Tahun lalu juga menyaksikan bahagian pasaran D-Max melalui peningkatan yang memberangsangkan, iaitu sebanyak 3.8%, daripada 10.9% meningkat ke 14.7%.

“Sepanjang tempoh saya berkhidmat di Isuzu Malaysia, syarikat telah melalui pembangunan yang sangat memuaskan, dan saya amat berbangga dengan pencapaian ini”, kata Matsuoka lagi.

Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa perubahan mendadak yang sedang dilalui industri automotif tanah air bakal menyajikan cabaran-cabaran hebat buat Koji Nakamura. Baru-baru ini, Isuzu Malaysia telah melancarkan Pusat Servis Isuzu bertaraf ‘flagship’ di Shah Alam, meskipun keadaan pasaran semasa berada di kedudukan yang kian menduga.

Menurut Nakamura, “Saya percaya bahawa kita boleh membangunkan perniagaan dalam apa jua keadaan ekonomi yang dilalui. Saya yakin, sebagai sebuah syarikat, kami mampu merealisasikan wawasan dan seterusnya meningkatkan pertumbuhan untuk tahun-tahun yang mendatang. Fokus utama saya buat masa ini adalah untuk memperbaiki teknik-teknik operasi terbaik kami, di samping memperhebatkan lagi jumlah jualan kenderaan”.

Berpengalaman luas yang menjangkaui 25 tahun, Nakamura juga pernah menjawat jawatan pengurusan utama di Isuzu Asia Pasifik. Selain itu, beliau juga mempunyai kepakaran dan berpengetahuan di dalam bidang pengurusan pelbagai jenis pasaran, terutama sekali pengendalian pasaran automotif yang besar, sepertimana di India dan Thailand.

Beliau akan dibantu oleh Mikio Tsukui, selaku Ketua Pegawai Operasi untuk Bahagian Kenderaan Komersial, dan juga Masayuki Suzuki, Ketua Pegawai Operasi untuk Bahagian Kenderaan Komersial Ringan.

Previous post

GO Automobile, Mara Liner dan Higer jalin kerjasama strategik

Next post

Iklan Volkswagen Ditarik Trailer Yang Telah Dilupakan Tetapi Masih Menakjubkan

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *