Berita Auto

Honda Malaysia terima 1,200 tempahan untuk Jazz dan City hibrid

Honda Malaysia telah mengumumkan bahawa ia telah menerima sebanyak 1,200 tempahan untuk dua model Sport Hybrid i-DCD iaitu Jazz dan City setakat 30 September 2017.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Ini bermakna syarikat itu berjaya mencapai sasaran jualan gabungan untuk tiga bulan dalam tempoh dua bulan sahaja. Tempahan bagi kedua-dua model tersebut dibuka pada penghujung Julai 2017 dengan sasaran jualan bulanan sebanyak 150 unit bagi Jazz dan 250 unit bagi City.

Penerimaan pasaran yang baik ini dikongsi antara kedua-dua model, dengan City yang mempunyai permintaan yang lebih tinggi pada 61% daripada jumlah tempahan yang diterima. Teknologi Sport Hybrid i-DCD yang ditawarkan juga terbukti popular di kawasan tengah Malaysia dengan peratusan jumlah tempahan sebanyak 53%.

honda_jazz_sport_hybrid_teaser_01

 

Pencapaian ini juga membolehkan Honda Malaysia mengekekalkan kedudukan mereka sebagai pendahulu dalam segmen kenderaan hibrid berharga RM200,000 ke bawah sejak dua bulan lalu.

Walaupun mendapat permintaan yang tinggi, Honda Malaysia memberi jaminan bahawa tempoh menunggu adalah hanya dari 1 hingga 2 bulan.

 

Previous post

Peluang bertemu Jorge Lorenzo dengan pembelian minyak motosikal Shell Advance di Lazada Malaysia

Next post

Nissan Cabar Volkswagen Dalam Perlumbaan EV

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *