Cerita Auto

Honda Akan Mulakan Jualan Step WGN Baharu

Honda Motor Co, Ltd memulakan jualan Step WGN yang baru disegarkan Jumaat lalu di Jepun.

MPV ini hanya untuk pasaran Jepun buat masa sekarang dan harus mencari jalan ke Singapura dan beberapa pasaran lain dalam beberapa bulan akan datang.

Malangnya, ia tidak akan dijual secara rasmi di Malaysia sama seperti versi sebelum ini. Ada yang dibawa oleh pengimport selari dan pemilik yang suka WGN mereka dan tidak menjualnya walaupun dah lama.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Versi WGN kini telah diterima dengan baik oleh ramai pelanggan kerana sukakan ruang kabin fungsionalnya dan mekanisme revolusioner tailgatenya yang dikenali sebagai Waku Waku Gate (“Waku Waku” adalah ungkapan Jepun untuk “menarik”).

Melalui perubahan kecilan model ini, Step WGN SPADA menerima rupa luaran dan varian hibrid baru yang dilengkapi dengan sistem hibrid Honda Sport Hybrid i-MMD (1) yang telah ditambah ke barisan SPADA.

Selain itu, semua jenis siri Step WGN kini mempunyai teknologi Honda SENSING (2) dimana keselamatan canggih dan teknologi bantuan pemandu sebagai peralatan standard (3), meningkatkan lagi ciri-ciri fungsi model Step WGN.

Dengan menggunakan fungsi Pedestrian Collision Mitigation Steering, semua lapan fungsi asas (8) Honda SENSING kini boleh didapati untuk semua jenis sebagai peralatan standard.

Honda SENSING menyokong pemanduan yang lebih selamat, ketenangan fikiran dan mengelakkan perlanggaran depan dengan memberi amaran kepada pemandu melalui penggunaan radar gelombang milimeter dan kamera monokular, bersama-sama dengan teknologi kawalan brek / stereng.

Untuk butiran lanjut, sila lawati laman web Honda SENSING: http://world.honda.com

 

 

 

 

 

 

Previous post

Jualan Diesel Menurun di Eropah ... ..EV Sedang Naik

Next post

MV Agusta, Lewis Hamilton hasilkan superbike F4 edisi terhad

Ross Hadi

Ross Hadi

14 tahun bikin burger, 21 tahun mengacara, 8 tahun borak kereta dan kini ... berkongsi sama!

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *