Berita Auto

GO Automobile, Mara Liner dan Higer jalin kerjasama strategik

GO Automobile Manufacturing Sdn Bhd (GO Automobile) bersama Mara Liner Sdn Bhd (MLSB) dan Higer Bus Company Limited menjalinkan kerjasama strategik bagi menjalankan pembangunan, pembuatan serta kejuruteraan bagi penghasilan bas elektrik untuk pasaran tempatan.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Menerusi kerjasama itu, MLSB juga dilantik sebagai wakil sah jualan selain menyediakan perkhidmatan selepas jualan bagi semua produk Go Auto termasuklah bas elektrik.

Pengarah Eksekutif GO Auto, Dato’ SM Azli SM Nasimuddin Kamal berkata, pihaknya turut menyerah seunit bas elektrik kepada MLSB bagi tujuan latihan dan penyelidikan.

“Kami berbesar hati kerana diberikan peluang oleh MLSB. Kerjasama ini  dianggarkan menelan kos pelaburan lebih daripada RM30 juta selain bakal melonjakkan lagi GO Automobile dan MLSB dalam industri pengangkutan negara lebih berdaya saing dalam teknologi kenderaan elektrik (EV).

KLQ6850G-2

“Ini secara tidak langsung meletakkan GO Automobile sebagai antara syarikat peneraju utama yang komited mahu membangunkan ekosistem EV secara serius.

“Pihak kami juga berbangga apabila terus diberikan kepercayaan dan komited mahu membangunkan komponen EV untuk pasaran Malaysia dan ASEAN,” tambah Azli lagi.

Pada April lalu, Go Automobile dan MLSB menandatangai majlis perjanjian persefahaman (MoU) dalam acara Memacu Agenda Bumiputera yang turut disaksikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

KLQ6850G-5

Dengan perjanjian itu, GO Automobile bakal membekal bas elektrik kepada MLSB bagi program di bawah UNIBUS Initiative yang akan dilaksanakan di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor pada Januari 2018 sebelum meneruskan ke universiti pengajian awam lain.

Previous post

Mengapa Anda Tidak Patut Memandu Perlahan di Lorong Pantas

Next post

Koji Nakamura dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Isuzu Malaysia

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *