Cerita Auto

FROC Rantau Borneo tamatkan ekspedisi darat 4X4 pertama ke Ulu Engkuah

Keseronokan dan kegembiraan merupakan gambaran terbaik perasaan kesemua 60 orang peserta Kelab Pemilik Ford Ranger (FROC) Rantau Borneo sebaik sahaja mereka menamatkan ekspedisi darat 4×4 pertama ke sebuah lokasi bernama Ulu Engkuah, yang terletak di daerah Song, Kapit, Sarawak.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Dianjurkan oleh FROC dan disokong oleh Sime Darby Auto Connexion, pengedar tunggal Ford di Malaysia, ekspedisi tiga hari dua malam tersebut menandakan detik sejarah buat FROC yang telah memandu sejauh 120 kilometer dalam masa 8 jam melalui laluan kerikil Ngungun-Song Estate yang licin, melintasi sungai dan kawasan- kawasan berbukit yang tidak terjangka, dalam 16 buah trak pikap Ranger.

Image_003

“Ini memang merupakan salah satu ekspedisi ‘off-road’ 4×4 yang terbaik dan paling berjaya yang pernah dianjurkan FROC,” ujar Martinson Banyang, pengerusi penganjur FROC. “Kumpulan kami bukan hanya berpeluang untuk mengalami laluan dan permukaan pemanduan yang sukar tetapi kami juga dapat mengalami budaya dan juadah penduduk-penduduk kampung, di samping menjadi lebih peka akan pentingnya pemuliharaan alam semulajadi,” katanya.

Image_010

Ulu Engkuah merupakan sebuah perkampungan terpencil yang terletak di daerah Song, yang berada dibawah kawasan Kapit, Sarawak. Ia dikelilingi oleh hutan hujan Borneo yang subur dan tidak terusik, sungai-sungai yang jernih, dan udara yang segar. Terletak 120km dari pekan utama Kanowit, Sarawak, satu-satunya cara untuk ke Ulu Engkuah adalah melalui Sungai Rajang, sungai utama Sarawak. Pemetaan laluan darat oleh kumpulan FROC mengambil masa yang lama tetapi mereka berjaya melakukannya dengan bantuan orang-orang asli tempatan dari perkampungan berdekatan. Penerokaan laluan tersebut turut membuka peluang pembangunan buat penduduk Ulu Engkuah.

Image_015

Dengan kemampuaan trak pikap Ford Ranger untuk membawa muatan berat maksima satu tan, para peserta tidak ragu-ragu untuk memuatkan Ranger mereka dengan peralatan, makanan dan minuman, alatan perkhemahan, dan barangan peribadi untuk perjalanan tersebut.  Mereka telah berjaya merentasi lereng-lereng bukit yang licin pada kecerunan sebanyak 45 darjah dengan bantuan ciri Kawalan Pecutan Bukit (Hill Launch Assist) yang dihidupkan tepat pada masa yang sesuai. Dengan keupayaan trak Ranger untuk merentasi air, mereka juga berjaya melalui perairan yang dalam mahupun yang cetek dengan mudah.

Image_012

FROC telah bermula membuat perancangan untuk ekspidisi ‘off-road’ yang lebih menakjubkan dan ekstrem untuk mencabar tahap mental dan fizikal para peserta. Yang paling penting juga adalah untuk menguji keupayaan trak-trak Ranger dan kepakaran para pemandu ke tahap maksima dengan pemanduan jarak jauh selama 12 – 18 jam, jauh ke dalam hutan.

Previous post

Ducati SuperSport dilancarkan di Malaysia - harga dari RM80,899

Next post

Volvo & Geely Belanja 640 Juta Euro Untuk Polestar

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *