Motosikal / Lain Lain Roda

Ducati SuperSport dilancarkan di Malaysia – harga dari RM80,899

Setelah membuat penampilan pertamanya di pertunjukan EICMA tahun lepas di Milan, Ducati SuperSport baharu kini telah dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Motosikal jenis sport tourer itu ditawarkan dalam dua varian iaitu SuperSport dan SuperSport S.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Kedua-dua versi menampilkan enjin Testastretta 11-darjah berkapasiti 937 cc, dua silinder yang menghamburkan 113 hp pada 9,000 rpm dan 96.7 Nm pada 6,500 rpm menerusi kotak gear enam kelajuan. Terdapat tiga mod tunggangan iaitu Sport, Touring dan Urban. Setiap mod boleh diselaraskan mengikut citarasa peribadi.

Ducati SuperSport

Dengan berat basah sebanyak 210 kg, SuperSport menampilkan rangka Trellis yang dipadankan dengan fork hadapan Marzocchi 41 mm dan penyerap hentak belakang Sachs boleh laras. Kuasa membrek pula dibekalkan oleh dua cakera Brembo bersaiz 320 mm dan angkup M4.32.

Ducati SuperSport

Bagi SuperSport S pula, varian itu didatangkan dengan sistem suspensi Ohlins boleh laras, quickshifter serta penutup tempat duduk belakang yang turut ditawarkan secara pilihan bagi varian asas SuperSport.

Ducati SuperSport

Dari segi kelengkapan, SuperSport menampilkan lampu nyalaan siang LED, panel instrumen LCD, penghadang angin Plexiglass boleh laras, port USB di bawah tempat duduk, dan sistem keselamatan Ducati Safety Pack yang merangkumi ABS dan Traction Control. Tayar yang dibekalkan adalah Pirelli Diablo Rosso III bersaiz 120/70 ZR17 di depan dan 180/55 ZR17 di belakang.

Ducati SuperSport

Kedua-dua versi boleh dimiliki dengan pakej Sport, Touring dan Urban, serta aksesori-aksesori yang ditawarkan secara individu seperti ekzos Akrapovic, sistem ekzos lumba titanium, peredam stereng Ohlins dan komponen-komponen yang diperbuat daripada gentian karbon dan aluminium.

Ducati SuperSport

Berharga RM80,8999, SuperSport ditawarkan dalam warna merah dengan rangka merah dan rim hitam matte. Sementara itu, SuperSport S yang berharga RM88,899 boleh didapati dalam dua skema warna iaitu merah dengan rangka merah dan rim hitam matte, dan putih (Star White Silk) dengan rangka dan rim merah.

Ducati SuperSport

 

Previous post

Mazda CX-5 Baharu Sudah Kelihatan Di Jalanan

Next post

FROC Rantau Borneo tamatkan ekspedisi darat 4X4 pertama ke Ulu Engkuah

Amirul Mukminin

Amirul Mukminin

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *