Berita Auto

Daihatsu Pamer DN Pro Cargo, DN Compagno, DN U-Space DN Trec dan DN Multisix di Tokyo Motor Show ke 45

4 daripada kenderaan yang dipamerkan ini ialah premier sedunia dan satu premier di Jepun. Tokyo motor show adalah dari Jumaat 27 Oktober 2017 sehingga Ahad 5 Novermber 2017. Ianya diadakan di Tokyo Big Sight, Tokyo.

Tema Pameran Daihatsu ialah berdasarkan slogan baharu kumpulan mereka, Light You Up yang baru saja di perbaharui merayakan ulangtahun ke 110 mereka.

BHP-Harmony-in-Performance_DSF_Banner-Malay_650x85_201606101

Daihatsu mempamerkan 2 kenderaan mini dan 3 kenderaan kompak yang membayangkan barisan model-model yang akan datang dari mereka. Ianya adalah kesinabungan Monodukuri yakni idea dan teknologi kenderaan berkualiti tinggi dengan harga yang berpatutan mereka.

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

DN Pro Cargo mewarisi kesenangan dan skala cemerlang Midget dari 1957. Ianya kenderaan EV komersial yang rendah, dengan lantai yang rata yang menghasilkan ruang yang lebih luas. Ianya dijangka akan diminati ramai oleh warga tua Jepun.

DN Compagno pula ialah coupe 4 pintu yang mewarisi rekabentuk Compagno asal dari 1963. Ianya mengutamakan keselesaan tempat duduk hadapan dan akan di sasarakan kepada mereka yang sudah berumur.

Turut dipamerkan ialah kenderaan mini DN U-Space yang  lebih luas dan kemudahan yang diperbaiki.

DN Trec ialah SUV yang kompak dan bergaya.

DN Multisix ialah minivan 6 tempat duduk senang pakai yang kompak.

Daihatsu akan terus berusaha menyediakan kenderaan yang berteknologi tinggi kepada semua, gaya hidup.

A post shared by Ross Hadi (@gohedgostan) on

Previous post

Porsche 911 Carrera T khas untuk golongan 'purist'

Next post

Kumpulan BMW Malaysia lancarkan M2 baharu

Ross Hadi

Ross Hadi

21 tahun mengacara di radio.
8 tahun bersama Daniel Ferrnandez dalam rancangan Car Tunes di radio.
Kini di sini dan media sosial sejak 2014.

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *